Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Majlis Tadarus dianjur di Kampung Muhibbah



Caption: SERIUS...Remaja lelaki dan perempuan Kampung Muhibbah sedang menjalani proses Bertadarus Al - Quran sambil dipantau oleh guru mereka di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah malam tadi.

SRI AMAN, Jumaat (3 Ogos) - Seramai 60 orang remaja lelaki dan perempuan telah menyertai Majlis Bertadarus Al - Quran yang berlangsung di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman malam tadi.

Jurucakap penganjur, Ramli Abu Sera ketika ditemui berkata majlis anjuran jawatankuasa pengurusan Masjid Darul Syakirin itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk Islam di Kampung Muhibbah.

Katanya lagi Al-Quran adalah kalam Allah dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya maka hendaklah mereka membaca al-Quran lebih-lebih lagi ketika sambutan bulan mulia pada masa sekarang.

"Bulan Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu Allah yang pertama. Atas sebab ini para umat Islam digalak untuk membaca Al-Quran terutama sekali pada bulan Ramadan.

"Lagipun Al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan selain daripada merupakan merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi," menurut beliau.

Ramli turut menambah bahawa majlis ini juga secara tidak langsung dapat mengajak para penduduk Kampung Muhibbah untuk mendekati ajaran agama Islam secara lebih mendalam menerusi aktiviti terbabit.

Justeru beliau berharap agar Majlis Bertadarus Al - Quran ini dapat memupuk sifat mulia dan tanggungjawab penduduk Kampung Muhibbah terhadap ajaran agama Islam dari masa ke semasa.

"Pihak kami telah mengundang tiga orang guru bagi mengendalikan Majlis Bertadarus Al - Quran ini antaranya ialah Hamali bin Jol, Haji Ahmad Aliwi dan Haji Awang Musaffar," katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment