Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Kursus PUTEK di Sibu lancar



Caption: TAMAT KURSUS..Para peserta kursus PUTEK bergambar kenangan bersama Pegawai Giatmara Sibu, Faridah (hadapan lima kiri) dan fasilitator kursus, Mashan  Ahmad Rais (hadapan enam kiri) sebaik sahaja tamat kursus PUTEK itu di Sibu baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (25 Julai) – Seramai 30 orang peserta kursus yang terdiri daripada lepasan pelatih Giatmara telah mengikuti Kursus Pembentukan Usahawan Teknikal atau PUTEK di Premier Sibu bermula dari 9 hingga 18 Julai lepas.

Siaran berita hari ini memberitahu kursus anjuran Giatmara Negeri Sarawak itu telah dikendalikan oleh facilitator dari syarikat M – arcorp Enterprises Sendirian Berhad iaitu Mashan Haji Ahmad Rais.

“Para peserta kursus PUTEK ini terdiri mereka yang pernah mengikuti pelbagai kursus di Pusat Giatmara Sibu, Pusat Giatmara Lanang, Pusat Giatmara Kanowit, Pusat Giatmara Sarikei dan Pusat Giatmara Saratok sebelum ini.

“Kesemua mereka pernah mengambil pelbagai jurusan seperti Teknologi Automotif, Fesyen And Dressmaking, Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam, Teknologi Motosikal dan Pendawai Elektrik,” menurut kenyataan dalam siaran berita tersebut.

Antara topik yang telah disampaikan kepada para peserta menerusi Kursus PUTEK ini adalah Asas Keusahawan, Asas Kewangan, Pemasaran Produk, Stok dan Rancangan Perniagaan.

Justeru kenyataan tersebut berharap agar kesemua para peserta yang telah tamat menyertai kursus ini dapat membuka syarikat untuk memulakan perniagaan mengikut bidang masing-masing di masa akan datang.

“Kelebihannya ialah kesemua peserta yang telah tamat menyertai kursus ini memohon pelbagai kemudahan daripada pihak MARA sama ada dalam bentuk pinjaman atau barangan selepas itu,” katanya.

Terdahulu majlis penutupan Kursus PUTEK berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Giatmara Negeri Sarawak, Rakawi Nawi sambil disaksikan oleh Pegawai Giatmara Sibu iaitu Puan Faridah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment