Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Sebangki Panjai johan Futsal Parlimen Lubok Antu



Caption; BERPOTENSI... Pembantu Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman, Mark Leroy Anthony sedang menyempurnakan upacara sepak mula Pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia peringkat Parlimen Lubok Antu 2012 sambil disaksikan oleh pasukan Sebangki Panjai FC dan Mymsym FC sebelum bermulanya perlawanan akhir di situ baru-baru ini.

- 4 Ogos

Johan Pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia peringkat Parlimen Lubok Antu 2012 sah menjadi milik pasukan Sebangki Panjai FC setelah menewaskan Mymsym FC dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Sebangki Panjai itu menyaksikan pasukan juara bimbingan Edwin Raoh menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000 serta piala kemenangan.

Manakala itu pasukan Mymsym FC dari Skim Skrang, Engkilili pula menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 dengan pasukan pemenang tempat ketiga iaitu RELA Lubok Antu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 beserta pingat.

Kategori Wanita bagi pertandingan ini menyaksikan pasukan Lubok Antu FC Senior muncul juara dan sekaligus berjaya membawa balik hadiah wang tunai bernilai RM500 serta piala kemenangan.

Pasukan wanita Lubok Antu FC Junior pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM300 serta pingat bagi kategori pertandingan yang hanya disertai sejumlah empat buah pasukan.

Pembantu Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman, Mark Leroy Anthony selaku mewakili Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak telah diberi penghormatan untuk menutup majlis perasmian pertandingan itu.

Terdahulu Pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia peringkat Parlimen Lubok Antu 2012 ini telah disertai sejumlah 24 buah pasukan bagi kategori lelaki anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman.


Tamat…






No comments:

Post a Comment