Caption: PERLU DIPAGAR...Seorang budak lelaki telah mati lemas di kolam
berdekatan Jalan Tun Abang Haji Openg, Simunjan kerana tidak dipagar oleh
syarikat kontraktor pada hari Ahad lepas.
Abang Naim Abang Pauzi
SIMUNJAN, Selasa (20 Julai) – Seorang kanak-kanak Tahun Empat SK Abang Man mati lemas
dalam kolam tempat penyimpanan batu kerikil di Jalan Tun Abang Haji Openg,
Simunjan pada awal pagi Ahad lepas.
Menurut seorang saksi, Jawi bin Lemban, 70, berkata kejadian tersebut berlaku
sekitar jam 8.30 pagi apabila orang ramai terdengar suara seorang budak
perempuan yang sedang menangis berhampiran dengan kawasan tersebut.
Apabila budak perempuan tersebut dihampiri, dia memberitahu bahawa seorang
rakan mereka telah lemas dan tenggelam sewaktu mereka sedang mandi di dalam kolam
berkenaan.
“Kerja mencari dan menyelamat terus dilaksanakan oleh orang ramai yang
berada di tempat kejadian tersebut sehingga mayat Allahyarham iaitu Mohamad
Hakimi Mail, 10, berjaya dijumpai setengah jam kemudian oleh seorang anggota
polis,” katanya.
Walau bagaimanapun mayat, Mohamad Hakimi bin Mail,10 berjaya dijumpai
setengah jam kemudian oleh seorang anggota polis yang secara kebetulan melalui
kawasan tersebut yang terus memberi bantuan.
Rata-rata penduduk melahirkan rasa kesal berhubung perkara terbabit
memandangkan syarikat yang melonggok dan menyimpan batu di sekitar kolam
tersebut tidak memagar kawasan berkenaan sebelum ini.
“Adalah dipercayai bahawa kawasan tersebut dijadikan tempat menyimpan batu
oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak membina sebuah jambatan dan jalan
raya di kawasan berhampiran.
“Kanak-kanak tidak akan dapat menceroboh kawasan kolam ini jika ia
dipagar,” kata seorang penduduk sambil mendakwa bahwa kolam tersebut adalah
sedalam lapan kaki disebabkan oleh kerja mengorek batu dengan menggunakan
jengkaut.
Terdahulu Allahyarham Hakimi bersama dua rakannya telah bermain di kawasan
berkenaan tanpa menyedari bahawa kedalaman kolam tersebut akibat hujan yang
turun sejak beberapa hari lalu.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital setelah ditemui mati lemas di kolam
berkenaan untuk tujuan pemeriksaan
sebelum ia dituntut oleh pihak keluarga Allahyarham pada hari yang sama.
Tamat.
No comments:
Post a Comment