Caption: MARAK...Dua orang anggota
Bomba dan Penyelamat Simunjan kelihatan bertungkus-lumus untuk memadam api
kebakaran yang merebak di hutan Kampung Hijrah, Simunjan baru-baru ini.
SIMUNJAN, Jumaat (10 Ogos) – Penduduk di Kampung
Hijrah, Simunjan gempar apabila satu kejadian kebakaran hutan telah berlaku
dalam kawasan penempatan mereka baru-baru ini.
Sumber memberitahu kebakaran hutan ini
disedari oleh seorang penduduk iaitu Awang Chek bin Awang Atan, 65, ketika
beliau membuang sampah di tapak pembuangan sampah yang terletak tidak jauh dari
lokasi kejadian tersebut.
“Penduduk berkenaan kemudiannya
bertindak terus menghubungi pihak Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Simunjan
untuk mendapat bantuan bagi memadam api kebakaran berkenaan,” kata sumber.
Sementara itu Ketu Skuad Operasi Balai Bomba
dan Penyelamat Simunjan iaitu Jafar Haji Umar berkata pihaknya telah menerima
panggilan pada jam 1.17 petang berhubung kejadian tersebut.
Pihak bomba kata beliau terus menghantar
sebuah jentera bersama dengan enam anggota pada jam 1.21 petang ke tapak
kejadian dan seterusnya berjaya mengawal kebakaran itu pada jam 1.45 petang
tanpa berlaku sebarang kerosakan harta benda.
“Kebakaran dipercayai mungkin berpunca
dari api puntung rokok yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab
memandangkan lokasi kejadian itu sangat terlindung dan sering menjadi tempat remaja
melepak.
“Justeru saya menasihatkan orang ramai
agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau berhati-hati terhadap sebarang perbuatan
yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran ketika musim cuaca pada masa
sekarang,” katanya.
Manakala itu seorang penduduk iaitu
Awang Abeng Awang Paie melahirkan rasa lega berhubung tindakan pantas pihak
bomba dalam membendung kebakaran tersebut memandangkan rumah beliau terletak
tidak jauh dari situ.
Tamat.
No comments:
Post a Comment