Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

JASA sampaikan sumbangan kepada bekas kakitangan


Caption: MANFAATKAN... Pengarah JASA Negeri Sarawak iaitu Hassan Busu (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bekas sebagai Pembantu Luar Kanan JASA DUN Engkilili iaitu Intal Rentap sambil disaksikan oleh para pegawai, penyelia dan pembantu luar kanan sebelum bermulanya mesyuarat pengurusan JASA di sini kelmarin.

SRI AMAN, Khamis  (2 Ogos) – Dua orang bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menerima sumbangan bernilai RM3,000 seorang menerusi upacara ringkas yang berlangsung di bilik mesyuarat JASA Sri Aman petang kelmarin.

Penerima pertama sumbangan ini iaitu Intal anak Rentap, 48, dari Jelukong Engkilili telah memulakan tugas bermula dari tahun 1991 sebagai Pembantu Luar Kanan JASA DUN (Dewan Undangan Negeri) Engkilili sebelum berhenti pada tahun 2004.

Intal kini telah bertani semenjak berhenti daripada perkhidmatan itu dan menetap di Taman Siang, Sri Aman dengan jawatan beliau telah diambilalih oleh Edwin Ancheh iaitu Pembantu Luar Kanan JASA DUN (Dewan Undangan Negeri) Engkilili yang baru.

Manakala itu penerima kedua, Thomas Engkamat, 65, dari Temudok Nasau, Sri Aman pula memulakan tugas sebagai Pembantu Luar Kanan JASA DUN Batang Ai bermula dari tahun 1982 sebelum berhenti pada tahun 2005.

Beliau kini masih menetap di Temudok Nasau, Sri Aman dan menjalani rutin seharian hidup secara sederhana ditambahi pula dengan adanya sumbangan bernilai RM3,000 untuk beliau menerusi majlis itu.

Pengarah JASA Negeri Sarawak iaitu Hassan Busu telah menyampaikan sumbangan tersebut sambil disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah JASA Sarawak, Annuar Hanafi, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi dan barisan penyelia serta pembantu JASA di sini.

JASA kini masih lagi mengesan dua orang bekas kakitangan JASA iaitu Patrick Mangka dan Ahmad Anis Shafie atau waris masing-masing bagi tujuan penyerahan sumbangan yang sama selepas ini.

Turut berlangsung sebaik sahaja selesai upacara penyerahan sumbangan kepada kedua-dua penerima terbabit ialah Mesyuarat Pengurusan JASA yang dipengerusikan oleh Hassan Busu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment