Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, August 26, 2012

63 peserta tamat Khatam Al Quran di Kpg Muhibbah



Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta sedang menunjukkan plat tamat Khatam Al – Quran di hadapan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah sebelum menghadiri majlis berbuka puasa di situ baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (16 Ogos) – Seramai 63 orang peserta telah berjaya menamatkan sesi Khatam Al – Quran yang berlangsung di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui Khatam Al – Quran ini adalah amat penting demi mempertingkatkan lagi akidah dikalangan muslimin dan muslimah dalam kawasan Kampung Muhibbah.

Menerusi usaha seperti ini, para muslimin dan muslimah katanya akan dapat mendekatkan diri masing-masing dengan ajaran suci Islam yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasulnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

“Amalan membaca Al – Quran adalah amat penting memandangkan ia boleh memberi ganjaran pahala kepada para umatnya lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya Bulan Ramadhan pada masa sekarang.

“Justeru pihak pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah akan meneruskan lagi Khatam Al – Quran demi mengeratkan lagi perpaduan di antara ummah dalam kampung ini pada tahun akan datang,” katanya.

Terdahulu sesi Khatam Al – Quran untuk 63 orang peserta di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah itu telah dikendalikan oleh Haji Ahmad Alwi dan Haji Awang Muzaffar Tunku Mut.

Kesemua peserta terbabit juga turut menerima saguhati dan plat yang disampaikan oleh Imam I Masjid Darul Syakirin iaitu Haji Wan Masra Tunku Udin sambil disaksikan oleh Ustaz Zulkipli Abas dari Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Sri Aman.

Tamat.



No comments:

Post a Comment