Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

PERKEP Sri Aman agih Bubur Lambuk


Caption: SELAMAT BERPUASA...Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh menyampaikan bungkusan Bubur Lambuk  kepada seorang penduduk sambil disaksikan oleh Timbalan Pengerusi PERKEP Sri Aman, Rose Melay ketika berlangsungnya pengagihan bubur tersebut hari ini.

SRI AMAN, Isnin (6 Ogos) – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman telah mengagihkan sejumlah 500 bungkusan Bubur Lambuk kepada semua penduduk di sini hari ini.

Simbolik penyampaian Bubur Lambuk kepada penduduk telah pun disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad di perkarangan hadapan IPD Sri Aman (Jalan Hospital) pada jam 4 petang.

Timbalan Pengerusi PERKEP IPD Sri Aman, Rose Melay ketika ditemui berkata majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan Bulan Ramadan di kalangan penduduk muslim pada masa sekarang.

“Sejumlah 30 orang ahli PERKEP IPD Sri Aman mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong menghasilkan Bubur Lambuk terbabit bermula jam 8 pagi sehingga jam 3 petang pada hari ini.

“Kesemua Bubur Lambuk yang siap dihasilkan ini kemudiannya ketika agihkan kepada penduduk yang berada berdekatan dengan IPD Sri Aman sebelum majlis pengagihan rasmi bubur terbabit dilakukan selepas itu,” katanya.

Dengan adanya majlis terbabit maka Rose berharap agar penduduk berbilang kaum di kawasan Sri Aman dapat menikmati kemeriahan suasana sambutan Bulan Ramadan bersama penduduk muslim selepas ini.

Turut sama hadir bagi menyaksikan upacara penyampaian Bubur Lambuk kepada penduduk di kawasan Sri Aman ini ialah para pegawai kanan IPD Sri Aman dan ahli persatuan tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment