Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

SWP perguna barisan pemimpin Iban tarik sokongan


Caption: RAMAH...ADUN Engkilili, Dr Rayong bersama Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau ketika bermesra dengan penghuni rumah panjang Merindun sebelum bermula Majlis Mesra Rakyat di situ kelmarin. Hadir sama ialah Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak,  Dr Richard Uban dan ketua kaum di situ.

ENGKILILI, Selasa (24 Julai) – Parti Pekerja Sarawak (SWP) dilihat mempunyai taktik baru untuk meraih sokongan pengundi kaum Iban dengan mempergunakan barisan pemimpin kaum tersebut bersempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata ia dapat dilihat apabila parti berkenaan menggunakan barisan pemimpin kaum Iban sebagai jambatan untuk mereka mempengaruhi pengundi kaum berkenaan ketika berkempen.

“Dengan berbuat demikian maka pihak terbabit (SWP) berharap agar rakyat berketurunan Iban di kawasan luar bandar mendengar seruan pemimpin mereka yang telah bersama-sama dengan parti berkenaan selama ini.

“Mereka cuba mengajak rakyat agar menentang Barisan Nasional (BN). Justeru saya berharap agar rakyat luar bandar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak berkenaan menjelang pilihan raya umum kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Mesra Rakyat yang berlangsung di Rumah Awing, Merindun, dalam kawasan daerah kecil Engkilili kelmarin.

Rayong juga mahu rakyat di kawasan luar bandar sedar bahawa pihak SWP tidak pernah bersama-sama BN semenjak ia mula ditubuhkan dahulu seperti yang diwar-warkan oleh pihak parti berkenaan.

“Ini taktik untuk mengelirukan rakyat luar bandar. Saya mahu rakyat tahu bahawa SWP bukan parti mesra BN kerana mereka tidak akan menentang BN jika itu kata-kata yang mereka tegaskan kepada rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak telah merasmikan majlis ini dengan Rayong mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada JKKK dan RM5,000 lagi kepada biro wanita rumah panjang tersebut.

Terdahulu SWP menerusi beberapa orang pemimpin Ibannya telah melemparkan fitnah terhadap Prsiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing dan wakil rakyat BN yang lain ketika berceramah di Pekan Engkilili pada hari Jumaat lepas.

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, Nyalau dan Rayong dilaporkan menjadi sasaran fitnah oleh bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang bersama dengan Naib Presiden SWP Josphine Mawat dan Munan Laja.



Tamat….



No comments:

Post a Comment