Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Majlis Berbuka Puasa Tetamu Ramadan di Kampung Muhibbah


Caption: MERIAH...Penduduk beragama Islam sedang menikmati juadah berbuka puasa ketika berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Bersama Tetamu Ramadhan di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman malam kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (28 Julai) - Hubungan silaturahim di antara muslimin dan muslimat di Kampung Muhibbah Sri Aman telah dieratkan lagi dengan adanya Majlis Berbuka Puasa Bersama Tetamu Ramadhan 2012 M / 1433 H di situ malam tadi.

Majlis yang bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman itu telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Sambutan Perayaan Islam Bahagian Sri Aman.

"Majlis Berbuka Puasa Bersama Tetamu Ramadhan ini telah menghimpunkan sejumlah 100 orang penduduk beragama Islam dari Kampung Muhibbah dan sekitar kawasan Sri Aman.

"Ia menjadi satu kebanggaan buat ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman untuk bersama-sama menjayakan penganjuran program tersebut," kata jurucakap penganjur, Ramli Abu Sera.

Bagi menyerikan lagi sambutan majlis itu katanya kesemua para penduduk Islam telah bersama-sama berbuka puasa di masjid berkenaan pada jam 6.45 petang sebelum ia diteruskan dengan solat Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Tetamu Ramadhan ini kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi ceramah kepada para hadirin sebelum ia diakhiri dengan solat sunat Tarawih di masjid berkenaan.

"Secara keseluruhannya majlis berbuka puasa terbabit telah menyerikan lagi suasana sambutan bulan Ramadhan Al - Mubarak di Kampung Muhibbah Sri Aman bagi tahun ini.

"Justeru kami berharap agar masjlis berbuka puasa ini akan dapay menyatu-padukan semua umat Islam di kawasan Kampung Muhibbah demi memuliakan sambutan bulan puasa pada tahun ini," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Masjid Darul Syakirin, Haji Ahmad Yak, Imam 1 Masjid Darul Syakirin, Haji Wan Masra Tunku Udin dan para barisan jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment