Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Kami tahu siapa sebenarnya pensabotaj program kerajaan - Tr Alex



Mugshot: TR ALEX LIBAU

BALAI RINGIN, Jumaat  (10 Ogos) – Kenyataan berita daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Balai Ringin yang disiarkan dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris pada 8 Ogos lalu nyata menimbulkan rasa kurang senang hati dikalangan para pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam kawasan terbabit.

Bagi mereka kenyataan berita oleh wakil rakyat terbabit nyata amat menjengkelkan kerana pemuda PRS dan rakyat di kawasan Balai Ringin tahu dalang sebenar disebalik pensabotaj program kerajaan dari dalaman parti itu sendiri.

“Siapa sabotaj siapa? Bagi, kami pensabotaj program kerajaan dari dalaman PRS selama ini adalah wakil rakyat yang mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu di dalam akbhar berkenaan,” kata pemuda PRS Balai Ringin, Tuai Rumah Alex Libau.

Alex mendakwa bahawa wakil rakyat berkenaan telah bertanggungjawab beberapa mensabotaj program kerajaan yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat semenjak tiga bulan lepas.

Katanya wakil rakyat terbabit dipercayai telah mengarahkan Penghulu Pelie (yang dilantik olehnya sebelum itu) untuk menghalang para Tuai Rumah atau ahli biro wanita bagi menghadiri program kerajaan yang dirasmikan oleh Masir di kawasan Balai Ringin.

“Antara program yang disabotaj oleh wakil rakyat itu ialah Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ensebang Kuari, program anjuran Jabatan Penerangan di Kampung Gawang Lama dan program pemimpin bersama rakyat di Spaoh Raba, Simunjan.

“Beliau juga bertanggungjawab mensabotaj program yang dirasmi oleh Menteri Muda dari PRS di Rumah Forman, Ensebang Burak (John Sikie dan Masir) dan Rumah Ngulu, Empaling Pantu (Datuk Mong Dagang dan Masir),” katanya.

Usaha sabotaj program terbabit tersebut kata Alex secara tidak langsung telah membuktikan bahawa ADUN Balai Ringin itu sudah menyimpang dari segi pergaulan dengan rakan dan dari dalaman parti sendiri iaitu PRS.

Wakil rakyat tersebut sebaliknya menurut Alex nyata lebih mementingkan program yang direka khas untuk mengangkat ayah beliau sendiri untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sri Aman pada pilihan raya umum ini nanti.

Justeru beliau menyeru semua ahli PRS di kawasan Parlimen Sri Aman terutama sekali dalam DUN Balai Ringin untuk sama-sama menyokong calon BN yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tamat. 

No comments:

Post a Comment