Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Dialog Penyakit Tinggi di Lubok Antu



Caption: FOKUS...Seorang pegawai dari Pejabat Kesihatan Sri Aman sedang memberi penerangan ketika berlangsungnya sesi dialog mengenai penyakit Tibi di Pejabat Daerah Lubok Antu kelmarin.

Gabriel Alexis Kibes

LUBOK ANTU, Jumaat (10 Ogos) - Satu sesi dialong telah diadakan bersama Ketua Masyarakat berhubung dengan penyakit Tibi bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Lubok Antu kelmarin.

Sesi dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lubok Antu iaitu Jack Aman Luat yang turut dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman iaitu Dr. Musalnizan Mustakah serta beberapa orang pegawai dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Dalam sesi dialog tersebut Ketua Masyarakat telah didedahkan dengan isu-isu terkini yang berkaitan dengan situasi penyakit Tibi Di Daerah Lubok Antu oleh Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Seksyen Penyakit Tibi dan Kusta dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Pegawai Promosi Kesihatan iaitu Gabriel Alexis Kibes turut memberi penerangan mengenai program Advokasi, Komunikasi dan Mobilisasi Sosial dalam memperkasakan masyarakat bagi membantu pihak kesihatan untuk mengurangkan beban penyakit Tibi di daerah ini.

Menerusi program terbabit kata beliau, setiap rumah panjang yang terpilih akan berpeluang melantik para sukarelawan masing-masing bagi membantu pihak kesihatan menangani masalah penyakit tibi.

“Setiap sukarelawan terbabit akan diberi latihan mengenai penyakit Tibi dan seterusnya bertanggungjawab dalam mengenalpasti penduduk yang mempunyai tanda-tanda penyakit berbahaya tersebut sebelum mereka dihantar segera ke klinik bagi tujuan pemeriksaan,” katanya.

Menerusi program ini nanti, pegawai dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman katanya juga akan mengadakan sesi komunikasi di setiap rumah panjang terpilih bagi memberi penerangan dan kesedaran kepada mereka mengenai penyakit itu.

Turut hadir semasa sesi dialog ini ialah permasuk Pemanca-Pemanca, Penghulu-Penghulu dan 20 orang Tuai rumah dari rumah-rumah panjang yang terpilih dalam menjalankan program ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment