Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

RM55,000 MRP diagih bagi DUN Simanggang



Caption: UNTUK ALBUM....Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis merakamkan gambar bersama para penerima MRP ketika berlangsungnya majlis penyampaian MRP 2012 di Pejabat SUPP Simanggang baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (23 Julai) –  Sejumlah empat buah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dua persatuan dan sebuah gereja di Sri Aman telah menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM55,000 baru-baru ini.

Kesemua peruntukan ini telah disampaikan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis menerusi majlis ringkas di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang.

Harden ketika berucap ringkas pada majlis itu berkata MRP adalah merupakan salah satu inisiatif daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu menaiktaraf hidup penduduk.

Beliau mengingatkan penerima MRP agar sentiasa menggunakan wang tersebut dengan baik dan seterusnya dapat memberi impak positif terhadap perkembangan hidup penduduk di kawasan mereka selepas ini.

“Kita mahu penerima MRP membawa semua ahli berbincang bagi menentukan langkah terbaik untuk menjadikan peruntukan tersebut  berguna kepada penduduk yang tinggal di kawasan mereka.

“Jika ia disalahguna maka peruntukan tersebut akan menjadi sia-sia. Justeru usahakanlah sebaik mungkin peruntukan terbabit agar usaha kerajaan BN untuk memajukan hidup penduduk menjadi lebih bermakna di masa akan datang,” katanya.

Selain itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap para pertubuhan dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus membantu kerajaan untuk memajukan kawasan Sri Aman dari masa ke semasa.

Kata Harden sumbangan mereka adalah amat penting demi membolehkan penduduk memahami segala dasar pembangunan kerajaan BN dalam kawasan penempatan mereka di Sri Aman pada masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment