Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Bengkel Pemantapan untuk kRT Samarahan


Caption: PENGHARGAAN...Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Bahagian Samarahan, Suzana Haji Busalam menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Pengarah JPNIN Sarawak,. Dirwana Haji Azool ketika berlangsungnya Bengkel Pemantapan dan Pengurusan Kewangan di Kuching baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (1 Ogos)  – Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Bahagian Samarahan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Pengurusan Kewangan di Hotel Penview, Kuching baru-baru ini.

Siaran media hari ini memberitahu bengkel terbabit melibatkan seramai 120 orang Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) dari kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Bahagian Samarahan yang baru sahaja diluluskan pendaftaran.

Pengarah JPNIN Sarawak,. Dirwana Haji Azool ketika berucap menutup program itu mengalakkan penubuhan lebih banyak KRT bagi melahirkan lebih ramai pemimpin baru pada masa akan datang.

Katanya kelahiran golongan pemimpin baru menerusi penubuhan KRT terbabit akan membolehkan lebih banyak maklumat kerajaan disampaikan kepada masyarakat dengan lebih releven selepas ini.

“Saya ingin mengingatkan bahawa dengan menyertai KRT maka para ahli akan mempunyai semangat sukarela yang tinggi disamping bersedia untuk membuat kerja sukarela dengan semangat muhibah dari masa ke semasa,” katanya.

Justeru Dirwana berharap agar penyertaan para ahli dalam bengkel ini akan dapat mempertingkatkan prestasi para pemimpin dan menyerlahkan kewibawaan mereka dalam peranan terbabit di masa akan datang.

Terdahulu Bengkel Pemantapan dan Pengurusan Kewangan telah diselitkan dengan sesi ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JPNIN Sarawak, Delin Liet Blaus dan Suriani Zainal dari Unit Rukun Tetangga.

Hadir sama dalam bengkel tersebut ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Bahagian Samarahan, Suzana Haji Busalam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment