Caption:
1. UNTUK ALBUM... Pengurus GIATMARA Sri
Aman, Mohd Khairul Azha (tengah enam kiri) ketika merakamkan gambar kenangan
bersama para pelatih GIATMARA dan kakitangan PDK ketika berlangsungnya aktiviti
gotong-royong membersihkan pusat tersebut baru-baru ini.
2. PENGHARGAAN... Pengurus GIATMARA Sri
Aman, Mohd Khairul Azha sedang menerima cenderamata daripada Penyelia PDK Sri
Aman, Sanny Law sebaik sahaja berakhir aktiviti gotong-royong di pusat
berkenaan.
SRI AMAN, Rabu (25 Julai) - Seramai 40 orang warga
kerja dan pelatih dari GIATMARA Sri Aman telah melakukan aktiviti gotong-royong
amal di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman baru-baru ini.
Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd
Khairul Azha memberitahu para pelatih dari kursus Teknologi Sistem Komputer dan
Solekan Dan Terapi Kecantikan telah bersama seluruh warga PDK Sri Aman dalam menjayakan
gotong-royong tersebut.
“Saya menyifatkan ia sebagai satu
pengalaman baru. Lagipun program ini mampu mendekatkan belia untuk mengenali
lebih dekat peranan yang dimainkan oleh PDK di samping beramal pada sambutan
bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini,” katanya.
Selain itu keadaan hujan pada waktu
terbabit menurut beliau nyata tidak melunturkan semangat para pelatih untuk
menjayakan program terbabit memandangkan sumbangan khidmat bakti adalah penting
untuk masyarakat.
Malah pihak Pusat GIATMARA Sri Aman jelas
Khairul telah menjadikan program ini sebagai pembuka tirai bagi program khidmat
masyarakat untuk sesi ambilan pelatih bermula bulan Julai hingga Disember tahun
2012.
“Buat masa ini pengambilan pelatih bagi kursus Solekan Dan
Terapi Kecantikan di Pusat GIATMATA Sri Aman masih lagi dibuka kepada semua
golongan belia Bumiputera yang berminat,” katanya.
Terdahulu Penyelia PDK Sri Aman, Sanny
Law telah melahirkan rasa teruja terhadap semangat yang ditunjukkan oleh para
pelatih GIATMARA Sri Aman yang mengambil bahagian dalam gotong-royong tersebut.
Justeru pihak mereka amat berbesar hati
jika menerima bantuan dan sumbangan daripada pihak professional, jabatan
kerajaan serta orang ramai di kawasan Sri Aman dalam menjayakan program di PDK
tersebut selepas ini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment