Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Dr Rayong terkejut dituduh ugut Agnes Chandu



Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA

SRI AMAN, Isnin (6 Ogos) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa melahirkan rasa terkejut berhubung tindakan seorang ahli politik wanita yang membuat laporan terhadap beliau baru-baru ini.

Terdahulu Agnes Chandu dari Rumah Roy Edward Entalai, Selindong Ulu, Engkilili telah membuat laporan polis kononnya mendakwa bahawa Rayong telah membuat ugutan terhadap diri beliau sebelum ini.

“Saya tidak membuat ugutan kepada wanita terbabit (Agnes) seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam laporan polis berkenaan,” katanya ketika dihubungi oleh pihak media kelmarin.

Rayong memberitahu bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Agnes dan buktinya ialah kedua-dua anak wanita terbabit sering tinggal di rumahnya ketika mereka menuntut di institusi kerajaan di Kuching selama ini

Lagipun beliau juga sering menghulurkan bantuan kewangan kepada anak-anak Agnes bagi meringankan lagi kos perbelanjaan mereka ketika masih menuntut serta berada di Kuching.

“Malah saya juga berani memberi pinjaman wang sebanyak RM3,000 kepada Agnes apabila beliau tampil untuk mengadu kepada saya bahawa mengenai masalah kewangan sebelum ini.

“Saya langsung tidak pernah merungut walaupun beliau masih belum melangsaikan hutang tersebut kepada saya sehingga ke hari ini kerana bantuan itu lahir dari sifat keikhlasan saya untuk membantu. Itu sahaja,” kata Rayong.

Justeru Rayong menyerahkan tanggungjawab kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan wanita tersebut bagi menyelesaikan masalah itu selepas ini.

“Bagaimanapun ia perkara kecil bagi saya. Tugas membela nasib hidup penduduk di DUN Engkilili adalah lebih penting daripada memberi fokus terhadap kes dakwaan ugut berkenaan,” katanya.

Terdahulu sebelum ini pernah menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam kumpulan Datuk Sng Chee Hua, Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) pada masa sekarang.

Tamat…



No comments:

Post a Comment