Caption: FOKUS...Para jemaah sedang khusyuk mendengar khutbah ketika
berlangsungnya solat sunah berjemaah di Masjid Darul Hijrah, Simunjan pada
sambutan hari pertama perayaan Hari Raya Aidilfitri.
SIMUNJAN, Selasa (21 Ogos) –Seramai 1,000 orang membanjiri Masjid Darul Hijrah untuk
solat sunat berjemaah pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 di
Pekan Simunjan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid berkenaan, Khalik Marzuki berkata sambutan
Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini amat meriah sehinggakan ruang masjid tidak
mencukupi untuk menempatkan para jemaah.
“Ia sesuatu yang tidak kita jangkakan sebelum ini. Mungkin keadaan tersebut
disebabkan oleh ramai penduduk muslim yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Hari Raya Aidilfitri ,’ katanya.
Selain itu jumlah pekerja ladang kelapa sawit dari negara jiran kata beliau
juga menjadi faktor kepada berlakunya masalah ruang masjid yang tidak mencukupi
ketika berlangsungnya sambutan hari pertama perayaan tersebut.
Golongan pekerja ini menurut Khalik nyata tidak mahu ketinggalan untuk
menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di negara ini dengan menunaikan solat
sunat berjemaah di Masjid Darul Hijrah, Simunjan.
“Ramai yang datang lewat hingga mereka terpaksa bersembahyang di ruang
legar masjid berkenaan memandangkan ruang dalaman masjid sudah penuh sesak oleh
para jemaah yang datang lebih awal.
“Ia telah membuktikan wujudnya kemeriahan menyambut perayaan Hari Raya
Aidilfitri di Simunjan bagi tahun ini,” katanya sambil menambah bahawa
kemeriahan seperti itu akan mengeratkan hubungan silaturahim di antara mereka
pada masa akan datang.
Terdahulu solat sunat berjemaah Aidilfitri yang berlangsung di Masjid Darul
Hijrah, Simunjan pada tahun ini telah pun diimamkan oleh Imam 1, Masjid Darul
Hijrah, Aban Napiri.
Tamat.
No comments:
Post a Comment