Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

RELA anjur gotong-royong



Caption: TUNAI KEWAJIPAN...RELA Sri Aman bergambar kenangan selepas menjayakan program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (20 Julai) – Pasukan Sukarelawan Rakyat atau RELA Daerah Sri Aman telah turun padang untuk menjayakan program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman kelmarin.

Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Surau Kebahagian Kampung Hilir itu juga turut disertai oleh 10 orang anggota tentera dari 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 20 orang penduduk kampung terbabit.

“Sejumlah 60 orang anggota kita telah mengambil bahagian dalam program ini sejajar dengan komitmen RELA untuk membantu meningkatkan taraf kebajikan hidup penduduk,” kata Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adon.

Katanya program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari itu melibatkan usaha semua pihak untuk membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir dengan mengumpul sampah, menebas rumput dan sebagainya.

Program tersebut kemudiannya diteruskan dengan kerja membersihkan Surau Kebahagian Kampung Hilir untuk bagi mencantikkan lagi kawasan dalam dan luar surau terbabit.

“Menyertai program gotong-royong seperti ini adalah merupakan satu kebanggaan buat RELA demi menyambut ketibaan Bulan Ramadhan pada hari Sabtu ini nanti,” menurut beliau.

Terdahulu program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman ini telah dirasmikan oleh Pemanca Mas Shamsiah Haji Maslem sambil disaksikan oleh ketua kaum di sini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment