Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, August 26, 2012

KSS Simunjan agih Bubur Lambuk



Caption: MANFAATKAN... Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Hajah Nancy sedang menyampaikan derma kepada seorang kanak-kanak sambil disaksikan oleh tetamu khas bersempena dengan majlis pengagihan bubur lambuk di Simunjan baru-baru ini.

SIMUNJAN, Jumaat (17 Ogos) – Kelab Sukan dan Sosial (KSS), Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan MDS dan penduduk-penduduk di sekitar Kampung Hijrah, Simunjan baru-baru ini.

Aktiviti tersebut telah pun disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Hajah Nancy Haji Syukrie menerusi majlis yang berlangsung di perkarangan Surau Kampung Hijrah.

Presiden KSS, Edi Aming ketika berucap pada majlis itu berkata ia merupakan aktiviti tahunan kelab berkenaan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadhan disamping mengeratkan persaudaraan dikalangan kakitangan MDS dan orang ramai.

Manakal itu Hajah Nancy ketika berucap merasmikan aktiviti berkenaan pula memuji usaha pihak KSS melaksanakan aktiviti keagamaan seperti itu kerana ia merupakan satu usaha murni dan membawa banyak keberkatan pada bulan Ramadhan.

Beliau pada majlis itu juga turut menyampaikan sumbangan derma raya berupa zakat dari beberapa buah agensi terlibat kepada 62 orang anak yatim bagi meringankan beban anak yatim pada perayaan Hari Raya Aidilfitri ini nanti.

Terdahulu sejumlah 200 bungkus bubur lambuk telah dihasilkan menerusi kerja gotong -royong oleh kakitangan MDS dengan kerjasama ahli jawatankuasa Surau Kampung Hijrah.

Hadir sama ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Norzalimah Haji Razali, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan, Maria Tungkat, Pengerusi Surau Kampung Hijrah, Haji Awang. Raini Awang Hasan, pegawai kanan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat

No comments:

Post a Comment