Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, August 26, 2012

Jangan pertikai usaha pembangunan kerjaan - Harden



Caption: PENERANGAN... Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden ketika menerangkan sesuatu kepada para pemberita ketika ditemui pada sesi tinjauan ringkas ke tapak parkir baru di Jalan Kelab baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (17 Ogos) – Pihak pembangkang tidak akan dapat mempertikaikan usaha pembangunan hidup penduduk di kawasan Sri Aman selepas ini kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya usaha pembangunan hidup penduduk yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas tampak dengan adanya pembinaan hospital baharu dan naiktaraf loji perawatan di kawasan Sri Aman semenjak tiga minggu lepas.

“Mereka tidak akan dapat mempertikaikan isu hospital baru di sini memandangkan kerja meratakan tapak bagi tujuan projek itu sudah pun dilakukan dengan kos bernilai RM10 juta.

“Ia juga termasuk kerja naiktaraf Loji Perawatan Air Empango, Bayai bernilai RM42 juta yang sedang giat dilaksanakan pada masa sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau tapak parkir baru di Jalan Kelab, Sri Aman baru-baru ini.

Menurut Harden penduduk dalam kawasan Sri Aman seharusnya sedar terhadap taktik pihak pembangkang yang gemar mempertikaikan proses pembangunan di sini kerana ia bertujuan untuk melemahkan sokongan mereka terhadap pihak BN.

Pihak pembangkang katanya akan menggunakan pelbagai cara bagi meraih sokongan penduduk antaranya ialah mempersoalkan isu pembangunan yang remeh di media cetak, internet dan banyak lagi.

“Mereka juga mahukan publisiti. Tetapi yang membuat keputusan sama ada pihak pembangkang atau pun kerajaan itu betul terpulang kepada penilaian penduduk itu sendiri.

“Kini penduduk melihat proses pembangunan yang sedang berlangsung di Sri Aman. Justeru saya berharap agar penduduk bertindak bijak dengan memilih pihak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang,” katanya.

Harden juga merakamkan ucapan terima kasih terhadap kepritahinan Perdana Menteri kerana menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 juga menerusi bantuan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah bagi tujuan pembangunan Gereja Saint Luke yang baharu sebelum ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment