Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Asas pertolongan cemas untuk kakitangan JKR dipertingkat



Caption: UNTUK ALBUM...Naib Presiden BSMM Cabang Sri Aman, Mas Mashore (tiga kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan seksyen elektrik JKR Sri Aman sebaik sahaja tamat kursus Pertolongan Cemas (Asas) di sini kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (4 Ogos) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman telah mengadakan kursus Pertolongan Cemas (Asas) untuk kakitangan seksyen elektrik jabatan tersebut di situ kelmarin.

Kesemua kakitangan seksyen elektrik JKR Bahagian Sri Aman yang mengambil bahagian dalam kursus terbabit adalah Ahmad Doming, Jua Brodi, Abdillah Li, Sahari Mohd Tahir dan Thian Jiew.

“Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada kesemua lima orang kakitangan tersebut bagi mengulangkaji segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Pertolongan Cemas (Asas).

“Kursus ini akan membolehkan kesemua mereka bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan di tempat kerja selepas ini,” kata Ketua Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem.

Justeru Mashore berharap agar para kakitangan JKR Bahagian Sri Aman itu untuk sentiasa menimba ilmu pertolongan cemas dari pelbagai sumber demi kebaikan diri mereka selepas ini.

“Usaha mengemaskini ilmu pengetahuan cemas dalam diri masing-masing juga penting agar kakitangan JKR terbabit dapat menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan mereka yang ditimpa kemalangan selepas ini.

“Paling penting ialah kakitangan seksyen elektrik JKR Sri Aman tidak sama sekali mengabaikan kepentingan ilmu pertolongan cemas ini memandangkan bidang kerja mereka juga boleh mengundang risiko kemalangan di masa akan datang,” katanya.

Tamat




No comments:

Post a Comment