Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Jangan mudah terima hasutan orang luar - Masir



Caption: TERIMALAH...Howard Tambon menyerahkan cek kepada Tr Brayan sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat ketika berlangsungnya majlis makan malam sempena perasmian JKKK Panggil di sini malam kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (3 Ogos) – Rakyat di kawasan luar bandar dinasihat agar tidak mudah menerima hasutan daripada pihak pembangkang kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Pihak pembangkang katanya akan cuba mendekatkan diri dengan pihak pembangkang untuk meraih sokongan politik daripada mereka lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

“Rakyat boleh melihat beza pembangunan di kawasan yang dipegang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak pembangkang sebelum bertindak membuang undi pada pilihan raya umum ini nanti.

“Justeru jika mahu terus menikmati faedah projek pembangunan, rakyat haruslah terus menyokong kerajaan BN dan bukannya pihak pembangkang yang hanya tahu mengelirukan pemikiran rakyat selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena perasmian JKKK Rumah Brayan Tala, Panggil yang berlangsung di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam kelmarin.

Selain itu menyokong pihak pembangkang kata Masir tidak akan memberikan sebarang keuntungan terhadap diri mereka sendiri kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mempunyai sumber untuk membangunkan hidup rakyat.

“Saya yakin rakyat di negeri sememangnya cukup pintar untuk menilai sumbangan yang telah kerajaan BN berikan kepada mereka selama ini berbanding dengan pihak pembangkang,” katanya.

Hadir sama ialah Howard Tambon iaitu wakil kepada Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang, Pembantu Luar Kanan JASA Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan, Jessy Bintoh, Kanselor Selimin Kering dan ketua kaum di sini.

Masir pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM8,000 kepada JKKK Rumah Brayan dengan Howard menyerahkan cek daripada Mong bernilai RM15,000 juga kepada JKKK berkenaan.


Tamat….

No comments:

Post a Comment