Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Jangan abaikan dahulu BN - Harden



Caption: TERIMALAH... Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden menyampaikan cek kepada Pengerusi JKKK Taman Srijaya Fasa I (Melayu) Alhias Muhi sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat ketika berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa di Srijaya, Sri Aman malam kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (13 Ogos) – Rakyat berbilang kaum di negeri ini dinasihat agar tidak mengabaikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah menikmati pelbagai projek pembangunan yang dibina oleh kerajaan untuk mereka selepas ini.

Ini kerana kerajaan masih perlu memantau lain-lain masalah rakyat walaupun pelbagai projek pembangunan sudah dibina oleh kerajaan untuk mereka sebelum itu kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

“Tanggungjawab kerajaan terhadap pembangunan hidup rakyat tidak akan terbatas kepada sesebuah projek sahaja kerana kita akan cuba lihat kekurangan mereka dari segala aspek.

“Justeru jangan mudah abaikan kerajaan berdasarkan faedah pembangunan yang mereka nikmati sekarang kerana kita masih lagi berusaha menaiktaraf hidup rakyat dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa Dan Pengagihan Bubur Lambuk yang berlangsung di Taman Srijaya, Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu Harden juga meminta rakyat untuk terus cekal bersama pihak BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang demi hala tuju pembangunan hidup mereka selepas ini.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM24,000 kepada 12 buah surau dan masjid di sini sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Hadir sama ialah Timbalan Residen (Pembangunan) Bahagian Sri Aman, Haji Hamsein Haji Atar, Penghulu Haji Mohd Samad Abdul Rahim, Pengerusi JKKK Taman Srijaya Fasa 1 Melayu, Alhias Muhi dan ketua kaum di sini.

Tamat.




No comments:

Post a Comment