Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Jangan percaya insuran nyawa SWP - Nyalau



Caption: TERIMALAH...Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak sedang menyampaikan cek kepada seorang penerima ketika berlangsungnya Majlis Merarau Tahunan PIBG SMK Lubok Antu di Lubok Antu di sini baru-baru ini.

ENGKILILI, Sabtu (4 Ogos) – Tindakan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang berminat mahu memberi insuran hidup kepada penduduk yang menyertai parti mereka sebelum ini hanyalah bermotifkan politik semata-mata.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak mendakwa tindakan SWP ini bertujuan untuk mempengaruhi para penduduk agar mengundi parti pembangkang tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

“Belum ada sesebuah parti di dunia ini yang memberi insuran hidup kepada mana-mana ahli yang menyertai sesebuah parti yang diwakili mereka bermula dari zaman dahulu hinggalah sekarang.

“Justeru kehendak SWP yang  berjanji akan memberi insuran hidup bernilai RM15,000 kepada setiap para ahlinya yang meninggal dunia nyata tidak benar sekali,” menurut beliau.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Lubok Antu di Komplek Sukan Daerah Lubok Antu di sini baru-baru ini.

Beliau juga turut mempersoalkan tindakan SWP tersebut apabila seorang Warga Emas yang meninggal dunia di Rumah Nading, Sebangki Pandak, Lubok Antu tidak diberikan insuran itu selepas para pemimpin parti tersebut berceramah di situ pada 22 Julai lepas.

“Saya difahamkan bahawa bahawa ahli keluarga mendiang telah setuju untuk mengundang para pemimpin SWP untuk mengadakan ceramah kepada penduduk di rumah panjang mereka.

“Justeru SWP harus memberi insuran hidup kepada keluarga mendiang tersebut. Jika tidak mereka ini gagal menepati janji tawaran insuran berkenaan seperti mana yang diwar-warkan oleh parti berkenaan sebelum ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis ialah Guru Besar SMK Lubok Antu Leslie Tawan Gindil, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Lubok Antu, Langgong dan para ketua kaum di kawasan Lubok Antu.

Nyalau pada majlis itu juga turut menyampaikan sejumlah 1,215 unit Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar SMK Lubok Antu dan seterusnya mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada PIBG sekolah berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment