Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Bubur Lambuk lambang perpaduan semua kaum - Rayong



Caption: 1 MALAYSIA...ADUN Engkilili, Dr Rayong (empat kanan) ketika mengibarkan bendera Jalur Gemilang bersama tetamu khas dan kakitangan RTM Sri Aman sempena Majlis Musyuwarah RTM Sri Aman petang kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (9 Ogos) – Bubur Lambuk adalah lambang perpaduan bagi semua kaum di negeri ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Menurut beliau Bubur Lambuk pada suatu masa dahulu hanya dihasil dan diedarkan dikalangan penduduk Melayu beragama Islam acapkali berlangsungnya sambutan bulan Ramadan di negeri ini.

“Bagaimanapun Bubur Lambuk pada masa sekarang telah menjadi minat utama dikalangan penduduk Cina dan Iban yang bukan beragama Islam disebabkan oleh keunikkan rasa masakan makanan itu.

“Dengan kata lain Bubur Lambuk pada masa kini telah menjadi satu lambang yang menghimpunkan semua penduduk berbilang kaum dan agama di dalam satu keluarga pada masa sekarang,” katanya.

Rayong berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Musyuwarah anjuran Surau Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman di sini petang jam 4.30 petang kelmarin.

Disebabkan oleh minat semua penduduk terhadap juadah makanan bulan puasa berkenaan maka beliau telah mencadangkan agar Bubur Lambuk ditukar nama menjadi Bubur Perpaduan 1 Malaysia di masa akan datang.

“Gelaran terhadap Bubur Lambuk ini dilihat amat sesuai memandangkan makanan itu tidak lagi hanya dikaitkan dengan orang Melayu sahaja malah turut menjadi tumpuan orang Iban atau Cina di sini.

“Justeru saya percaya Bubur Lambuk boleh menjadi ikon makanan popular di negeri ini sekiranya nama juadah itu ditukar kepada Bubur Perpaduan 1 Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Rayong telah menyempurnakan simbolik pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk di sini sambil disaksikan oleh Pengerusi Majlis Musyuwarah RTM Sri Aman, Zainorin Suud, Pemanca Mas Shamsiah dan kakitangan RTM di sini.

Beliau pada majlis itu juga turut diberi penghormatan untuk memasang mini Bendera Jalur Gemilang di kenderaan penduduk sambil menyampaikan sejumlah 400 bungkusan Bubur Lambuk kepada mereka bersama kakitangan RTM Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment