Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Jangan banding kemajuan negara kita dan negara luar


Caption: TAHNIAH... Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong menyerahkan sijil penyertaan Tuai Rumah kepada Tr Beti sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat (tiga kiri) dan tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya Program Rakan Alam Sekitar di Jaong, Pantu kelmarin.

PANTU, Isnin (30 Julai) - Adalah tidak wajar bagi golongan pekerja atau pelajar universiti kita di luar negara untuk cuba membandingkan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia pada masa sekarang berbanding dengan negara barat.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang berkata demikian memandangkan wujudnya tindakan golongan terbabit yang cuba menggugat sokongan penduduk terhadap kerajaan berhubung perkara itu sebelum ini.

"Apabila mereka pulang ke kampung , golongan ini akan mempertikai tahap kemajuan negara atau negeri kita sendiri dikalangan penduduk dengan membandingkan kemajuan negara di tempat mereka kerja atau belajar berbanding dengan di sini.

"Ingatlah bahawa negara barat yang mereka agung-agungkan itu sudah merdeka sejak beratus-ratus tahun lepas berbanding negara kita sendiri iaitu 55 tahun...justeru tidak logik bagi mereka untuk mewujudkan perbandingan seperti itu selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rakan Alam Sekitar Dan Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia yang berlangsung di Rumah Beti, Jaong, Pantu kira-kira 75 kilometer dari Sri Aman kelmarin.

Selain itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan itu juga turut menyangkal dakwaan mana-mana parti politik yang berkata bahawa mereka boleh memajukan negara ini dalam masa cukup singkat jika dipilih oleh penduduk.

"Itu adalah bohong. Tiada kerajaan seratus-peratus sempurna di dunia yang mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk penduduk dalam tempoh masa yang cukup singkat.

"Pembangunan harus dilaksanakan dengan penuh bersistematik atau berperingkat dan Barisan Nasional (BN) adalah contoh parti yang terbaik untuk meneraju kerajaan bagi mengembeleng usaha seperti itu semenjak dari dahulu hingga sekarang," katanya.

Mong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Beti, Jaong.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Timbalan Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jiram Sidu, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Sarawak, Dinal Samuel.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah upacara penyampaian cek Sekolah Flagship kepada SMK Simanggang, SMK Melugu dan SK Pantu serta penyerahan sijil penyertaan Tuai Rumah kepada Beti.

Tamat.



No comments:

Post a Comment