Caption: KAWASAN MAUT...Gambar menunjukkan kawasan kemalangan yang membabitkan
sebuah Myvi (kiri gambar), sebuah kenderaan pacuan empat roda dan Proton Saga
model lama di Skim Skrang, Engkilili hari ini.
ENGKILILI, Isnin (23 Julai) – Seorang lelaki maut apabila kenderaan jenis Myvi yang
dipandu olehnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan roda di kawasan Skim
Skrang, Engkilili hari ini.
Sumber memberitahu mangsa yang terbunuh dalam kemalangan maut sekitar 3.50
petang di kawasan Skim Skrang berkenaan ialah Unja anak Dunggat, 48, dari Sungai
Emparang, Bintangor.
“Sebelum berlakunya kejadian ini pemandu kenderaan pacuan empat roda
berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Betong dari Kuching sebelum
kenderaannya melanggar bahagian sisi sebuah Proton Saga model lama di Skim
Skrang.
“Pelanggaran ini dipercayai menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu
hilang kawalan sebelum mangsa yang secara kebetulan sedang dalam perjalanan
dari Betong menuju ke Kuching melanggar kenderaan tersebut,” katanya.
Pertembungan antara dua buah kenderaan ini menyebabkan kenderaan Myvi yang
dipandu oleh mangsa terjunam ke dalam parit yang berada tidak jauh dari lokasi
kemalangan tersebut.
“Mangsa dipercayai mati serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu
kenderaan pacuan empat roda itu pula hanya menerima rawatan ringan di Klinik
Kesihatan Skim Skrang sebelum di rujuk ke Hospital Bahagian Sri Aman,” kata
sumber.
Mayat mangsa dilaporkan di hantar ke Hospital Bahagian Sri Aman pada waktu
petang hari ini manakala pemandu Proton Saga model lama itu pula tidak
mengalami sebarang kecederaan serius.
Tamat
No comments:
Post a Comment