Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Jangan mudah terpikat dengan kempen SWP - Masir



Caption: PENGHARGAAN...Tr Laham sedang menyerahkan cenderamata berbentuk sumpit kepada Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bangkong Tengah, Lachau kelmarin.

PANTU, Sabtu (28 Julai) - Rakyat kawasan Parlimen Sri Aman terutama sekali dari kawasan luar bandar sekali lagi diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen politik daripada pihak Parti Pekerja Sarawak atau SWP selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata kebanyakkan intipati kempen daripada pihak SWP mendakwa bahawa pihak mereka adalah rakan mesra Barisan Nasional (BN) walaupun pada realitinya adalah tidak.

"Dengan mengatakan bahawa mereka (SWP) adalah mesra BN maka rakyat terutama sekali dari kawasan luar bandar dalam Parlimen Sri Aman akan terus bertindak menyokong mereka.

"SWP bukan BN. Justeru kenyataan mereka nyata amat mengelirukan kerana Parti Rakyat Sarawak (PRS) adalah salah satu komponen parti BN Negeri yang bakal mempertahankan kerusi parlimen ini dan bukannya pihak SWP," menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Laham, Bangkong Tengah, Lachau di daerah kecil Pantu kelmarin.

Selain itu Masir juga mengajak rakyat untuk melihat proses pembangunan yang sedang berlangsung di kawasan bandar dan luar bandar Parlimen Sri Aman hasil usaha kerajaan BN selama ini.

"Kerajaan BN menyalurkan semua projek pembangunan di sini. Atas sebab ini saya mengajak semua rakyat untuk sama-sama mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sri Aman, W helton Lumpoi, Penghulu Entika Senan, Kanselor Janggong, para ketua kaum dan wakil jabatan kerajaan di sini.

Terdahulu Masir adalah salah seorang dari enam orang calon PRS yang telah dipilih bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tamat.



No comments:

Post a Comment