Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Pembangunan BN berterusan - Masir


Caption: TERIMA KASIH... Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat sedang menerima cenderamata daripada Tr Philly Enche sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya Program Komuniti Bestari di Entulang Jambatan, Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (25 Julai)  – Rakyat harus sedar bahawa usaha pembangunan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berterusan datang kepada mereka dalam pelbagai bentuk kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Komuniti Bestari Dan Kepenggunaan di Rumah Philly Enche, Entulang Jambatan, Sri Aman kelmarin.

Katanya usaha pembangunan kerajaan tidak hanya datang kepada rakyat dalam bentuk pembinaan kemudahan infrastruktur, perhubungan dan kemudahan asas namun juga datang dalam bentuk pemberian bantuan kebajikan.

“Contohnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ia merupakan salah satu daripada usaha pembangunan kerajaan dalam bentuk bantuan kebajikan seperti Program Bantuan Rumah (PBR), pemberian subsidi dan banyak lagi.

“Ya, sudah tentunya pihak pembangkang akan mempersoalkan usaha ini. Namun begitu saya yakin bahawa rakyat lebih mengetahui sumbangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap mereka berbanding dengan dakwaan pihak tersebut,” katanya.

Justeru Masir berharap agar rakyat terutama sekali dalam kawasan Parlimen Sri Aman agar menghargai segala usaha pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN demi pembangunan hidup mereka selepas ini.

Terdahulu program tersebut adalah merupakan anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PDNKK) Bahagian Sri Aman, Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman dan JKKK Rumah Philley.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Cassidy Morris, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penolong Jurutera Jabatan Saliran Dan Peparitan Sri Aman, Henry Tuah, wakil Ketua Pejabat PDNKK Sri Aman, Maruni Langga dan wakil Pejabat Residen Sri Aman, Noor Hayati Ahmad.

Masir pada majlis itu mengumumkan peruntukan RM10,000 kepada Rumah Philily dengan RM4,000 dari jumlah itu diagih kepada JKKK, RM3,000 agih kepada biro wanita manakala selebihnya untuk membeli benih sawit atau anak pokok getah.

Tamat.



No comments:

Post a Comment