Caption:
1. SAHUT CABARAN...Para murid Tahun Enam SK Kem Pakit
bergambar kenangan bersama para guru mereka ketika berlangsungnya Program
Kecemerlangan UPSR 2012 di situ bermula dari 17 hingga 19 Julai lepas.
2. SIBUK...Para murid Tahun Enam SK Kem Pakit ketika
menghadiri salah satu aktiviti Program Kecemerlangan UPSR 2012 di situ bermula
dari 17 hingga 19 Julai lepas.
SRI AMAN, Jumaat (20 Julai) - Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit Sri
Aman telah memulakan persediaan mereka dalam menghadapi Ujian Peperiksaan
Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September tahun ini.
Ia terbukti apabila seramai 27 orang murid Tahun Enam
sekolah berkenaan telah melibatkan diri dalam Program Kecemerlangan UPSR 2012
yang berlangsung di sekolah itu bermula dari 17 hingga 19 Julai lepas.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SK Pakit, Jaleha
Johari ketika ditemui berkata program ini bertujuan untuk mengukuhkan
perkembangan potensi individu murid ke arah perkembangan yang lebih positif .
"Ia juga bertujuan untuk membina keyakinan murid
menerusi pengurusan diri yang efektif disamping memberi pengalaman, pengetahuan
dan kemahiran bagi memantapkan potensi golongan tersebut.
"Justeru kita berharap agar program berkenaan dapat
membina ciri-ciri kecemerlangan dalam diri para murid terbabit berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan selepas ini," menurut beliau.
Terdahulu hari pertama penganjuran program ini telah
dimulai dengan pendaftaran taklimat, Ice Breaking, Masakan Rimba, Solat
Berjemaah Guru / Murid dan aktiviti rohani.
Hari kedua program ini pula dimulai dengan Solat Subuh
Bacaan yassin, senaman pagi, ceramah Pengurusan Diri Yang Berkesan oleh Zainal
Surat, ADK Membina Maklumat, Kembara Matlamat dan Ceramah Motivasi oleh Ustaz
Zulhazmi Bohari.
Hari terakhir program ini kemudiannya diisi dengan
aktiviti senaman pagi serta ceramah Mengenal Dan Menjana Potensi Diri oleh Lucy
Chou Mee Hong sehingga ia tamat pada jam 12.30 tengahari.
Tamat.
No comments:
Post a Comment