Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Bazaar Ramadan Sri Aman 2012 bermula


Caption: MERIAH...Para peniaga kelihatan menjual kuih-muih kepada para pengunjung yang membanjiri kawasan tapak Bazaar Ramadhan Sri Aman 2012 pada hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (27 Julai) - Aktiviti Bazaar Ramadan 2012 di Sri Aman dilihat sebagai langkah praktikal untuk mengalakkan minat suka berniaga dikalangan penduduk tempatan dalam bandar ini.

Demikian menurut pendapat seorang pengunjung, Joshua Ijau ketika ditemui menerusi tinjauan rambang sambutan Bazaar Ramadan Sri Aman yang terletak di tapak pasar tamu lama bersebelahan stesen bas Sri Aman hari ini.

Katanya aktiviti Bazaar Ramadan 2012 ni mampu menjadi platform untuk penduduk mencuba bakat niaga masing-masing disamping meraih keuntungan menerusi perniagaan masing-masing menjelang sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini.

“Bazaar Ramadhan ini adalah salah satu cara bagi mendidik para peniaga kecil disini bagi menonjolkan segala produk keluaran masing-masing terhadap pelanggan dalam bandar ini.

"Dari aktiviti Bazaar Ramadhan ini pihak kita boleh melihat bahawa para peniaga berpeluang untuk memajukan rangkaian niaga masing-masing berbanding ketika mereka berniaga di kampung sebelum ini,” menurut beliau.

Manakala itu John Mukan berpendapat bahawa penganjuran Bazaar Ramadhan juga turut memberi peluang kepada penduduk berbilang kaum dalam bandar ini mengenali pelbagai produk keluaran tempatan dengan lebih dekat.

“Pelanggan menerusi Bazaar Ramadhan ini boleh mendapatkan pelbagai jenis produk makanan tradisional yang ditawarkan oleh peniaga dalam bazaar itu.

“Produk makanan tradisional amat jarang ditemui pada hari biasa. Justeru saya berharap agar orang ramai dalam bandar ini tidak melepaskan peluang masing-masing untuk mengunjungi aktiviti Bazaar Ramadhan selepas ini,” katanya.

Terdahulu sebanyak 65 buah lot gerai telah memulakan operasi menjual juadah makanan dan minuman menerusi aktiviti Bazaar Ramadan di tapak pasar tamu lama Sri Aman semenjak 21 Julai lepas.

Dengan kadar bayaran berjumlah RM120 satu lot dikenakan kepada peniaga untuk tempoh sebulan hingga 18 Ogos depan, aktiviti Bazaar Ramadhan kali ini menampilkan lebih banyak produk makanan serta minuman yang menarik.

Antara juadah yang boleh didapati menerusi aktiviti itu adalah ayam percik, ayam panggang, roti canai, mee, kuih tradisional, air tebu, air ABC, lauk-pauk, nasi goreng dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment