Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

Gunakan masjid untuk perpaduan ummah - Aswat Osen



Caption: TERIMALAH... Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Ustaz Aswat bin sedang menyampaikan sumbangan sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Majlis Islam Sarawak di Saratok baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (7 Ogos) - Umat Islam di Betong dinasihat agar menggunakan masjid atau surau sebagai pusat perpaduan ummah dan bukan hanya tempat bagi tujuan mengerjakan solat kata Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Ustaz Aswat bin Osen.

Ini kerana kata beliau tidak sampai satu perempat daripada jumlah masjid atau surau di kawasan Bahagian Betong aktif melaksanakan aktiviti yang boleh mendatangkan faedah kepada umat Islam.

“Sebolehnya umat Islam di Betong bijak mempelbagaikan fungsi masjid atau surau demi kebaikan ummah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Majlis Islam Sarawak di yang berlangsung Masjid Besar Daerah Saratok baru-baru ini.

Selain itu usaha terbabit kata Aswat amat sejajar dengan perlaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Jabatan Agama Islam Sarawak yang mahu memperkasakan pengurusan pentadbiran masjid di negeri ini.

Malah usaha ini juga katanya secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid yang inovatif selaku pusat untuk mempertingkatkan pembangunan ummah menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.

“Fungsi masjid dan surau sebenarnya boleh dioptimumkan ke tahap yang lebih baik dengan menjadikan ia sebagai sebuah platform untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sosial yang berkaitan dengan ilmu pengetahan.

“Justeru kami berharap agar umat Islam di Betong mengoptimumkan fungsi masjid demi mempertingkatkan taraf kebajikan penduduk setempat pada masa akan datang,” menurut beliau.

Terdahulu sejumlah 125 buah masjid dan surau di sekitar Bahagian Betong menerima sumbangan menerusi majlis itu termasuk juga beberapa buah surau di dalam premis kerajaan dan sekolah.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Zon Selatan, Tabung Baitulmal Sarawak, Shamsul Bahri Manap dan Ketua Cawangan Tabung Baitulmal cawangan Sarikei, Ustaz Abdul Rahman bin Mohd Yusuf.

Tamat.

No comments:

Post a Comment