Caption: MANFAATKAN... Pengerusi KRT Kampung Tengah Sri Aman, Khamis Sita
Wasli menyampaikan Bubur Lambuk kepada seorang penerima ketika berlangsungnya
majlis pegagihan bubur terbabit baru-baru ini.
SRI AMAN, Khamis (2 Ogos) – Pesta Bubur Lambuk boleh dijadikan sebagai satu platform
untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong luar ke Sarawak sekiranya ia
dicadang untuk diadakan pada masa akan datang.
Ini kerana Bubur Lambuk adalah merupakan salah-satu juadah utama bagi
penduduk beragama Islam yang menyambut kedatangan Bulan Ramadan di negeri ini
pada setiap tahun.
“Bubur Lambuk bukan hanya terkenal dikalangan penduduk Islam yang berpuasa
malah turut digemari oleh penduduk kaum lain seperti Cina dan Iban acapkali
menjelang sambutan Bulan Ramadan di negeri ini.
“Justeru saya berharap agar kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan untuk
menganjurkan pesta berasaskan juadah tersebut,” Pengerusi Kawasan Rukun
Tetangga (KRT) Kampung Tengah, Sri Aman, Khamis Sita Wasli.
Beliau juga meminta kerajaan untuk menjadikan Bubur Lambuk ini sebagai salah-satu
produk pelancongan yang penting di peringkat nasional mahupun antarabangsa demi
mengangkat nama Sri Aman di masa akan datang.
Terdahulu sejumlah 400 bungkusan Bubur Lambuk diagihkan kepada penduduk
setempat menerusi majlis pengagihan bubur berkenaan yang berlangsung di hadapan
premis Bank Rakyat Sri Aman.
Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian (PNIN)
Sri Aman, Rickado Dorlen, Penolong Pegawai PNIN Sri Aman, Mohd Safuan Ahmad
Tarmidi, Penolong Pegawai PNINBahagian Betong, Noor Hafifi Osman Naidin dan
ketua kaum di sini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment