Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, August 14, 2012

SUPP bantu tiga keluarga miskin di Sri Aman



Caption: TERIMALAH...Menteri Muda Luar Bandar, Datuk Francis Harden menyerahkan cek bantuan kebajikan kepada Thong Thung Sui sambil disaksikan oleh wakil JKM iaitu Hagol, Kanselor Sawing Sumar dan Waterkiller James Junit pada upacara ringkas penyampaian cek bantuan tersebut.

SRI AMAN, Isnin (6 Ogos) – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) nyata menunaikan janji mereka untuk membantu golongan penduduk yang amat memerlukan bantuan kebajikan selama ini.

Ia terbukti apabila SUPP cawangan Simanggang yang dipengerusikan oleh Datuk Francis Harden Hollis telah bertindak turun padang untuk membantu tiga keluarga miskin dalam kawasan Sri Aman untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

Dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman yang diwakili oleh Hagol Katot, tiga buah keluarga miskin telah pun berjaya mendapat bantuan kebajikan terbabit.

Keluarga Thong Thung Sui dan Sia Muk Thung masing-masing telah memperoleh bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan semenjak bulan Julai lepas manakala keluarga Wong Ing Kong pula mendapat RM300 sebulan bermula bulan ini.

Ketiga-tiga mereka masing-masing menerima bantuan kebajikan bulanan daripada JKM Bahagian Sri Aman ini dalam bentuk cek yang disampaikan oleh sendiri oleh Harden sambil disaksikan oleh Hagol.

“Usaha SUPP ini sekaligus membuktikan kesungguhan pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memantau dan menyelesaikan masalah kemiskinan hidup yang ditanggung oleh keluarga miskin.

“Justeru saya berharap agar pihak pembangkang tidak lagi mengutarakan isu yang mendakwa bahwa kerajaan BN mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kebajikan hidup penduduk miskin selepas ini,” kata beliau.

Harden yang juga Menteri Muda Luar Bandar Dan Perumahan juga berharap agar lebih banyak keluarga miskin tampil menemui pihak JKM untuk memohon bantuan kebajikan pada masa akan datang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment