Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Cahaya ganjil melintas udara SK Saint Lawrence, Sabu



Caption: GANJIL...Gambar menunjukkan bebola api yang sedang bergerak secara perlahan tidak jauh dari SK Saint Lawrence Sabu pada jam 7 petang hari Isnin lepas. Lampu kaki lima bangunan sekolah sudah terpasang dan sekaligus membuktikan kesahihan waktu gambar itu diambil.

SRI AMAN, Jumaat (27 Julai) – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Lawrence di Jalan Sabu, Sri Aman terkejut apabila menyaksikan kemunculan cahaya aneh di langit sekitar jam 7 petang dan 9.30 malam pada hari Isnin lepas.

Seorang warga SK Saint Lawrence yang enggan nama disiarkan dalam berita ini berkata cahaya aneh tersebut adalah bebola api berekor berwarna jingga dan bergerak secara perlahan tidak jauh dari kawasan sekolah tersebut.

“Apa yang kami laporkan kepada anda (Utusan Sarawak) adalah bukan satu pembohongan memandangkan ramai saksi di SK Saint Lawrence yang menyaksikan kejadian aneh ini.

“Bebola api aneh tersebut hanya muncul sekejab sahaja iaitu sekitar setengah minit sebelum ia menghilang...namun mujurlah seorang pengawal keselamatan di sekolah kami berjaya mengambil gambar kejadian aneh tersebut,” katanya.

Keraguan terhadap gambar yang diambil oleh warga SK Saint Lawrence terbabit kata beliau mula timbul apabila ada setengah pihak mendakwa bahawa bebola api di dalam gambar tersebut adalah matahari.

Bagaimanapun warga SK Saint Lawrence mahu pihak tersebut sedar bahawa matahari pada waktu gambar tersebut diambil (jam 7 petang) sudah pun terbenam dan tidak mungkin masih berada di ufuk barat langit.

“Pada waktu malam pula kesemua warga SK Saint Lawrence sekali lagi menyaksikan kejadian aneh tersebut. Cuma kali ini ia terletak agak jauh sedikit dari kawasan sekolah kami,” menurut beliau.

Warga SK Saint Lawrence katanya tidak pernah lagi menyaksikan kemunculan bebola cahaya aneh tersebut semenjak kejadian itu berlaku pada waktu petang dan malam hari Isnin berkenaan.

“Ia merupakan satu kejadian mengkagumkan yang jarang kami lihat. Boleh jadi mungkin ia UFO (Unidentified Flying Object) atau misteri fenomena alam yang hanya boleh dirungkai menerusi fakta saintifik,” katanya.

Tamat

No comments:

Post a Comment