Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

RANDO Sri Aman bagi Bubur Lambuk



Caption: AKTIVITI MULIA... Timbalan Residen Bahagian Sri Aman iaitu Haji Hamsein (tengah kiri) dan Felicia Tan (tengah kanan) ketika menunjukkan bungkusan Bubur Lambuk bersama para kakitangan sebelum bermulanya aktiviti pengagihan Bubur Lambuk di Pejabat Residen Sri Aman petang kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (26 Julai) – Kelab Rando Pejabat Residen Bahagian Sri Aman telah memuliakan sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini dengan mengadakan aktiviti sumbangan Bubur Lambuk di sini kelmarin.

Aktiviti yang berlangsung di perkarangan hadapan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman pada jam 3 petang itu menyaksikan sejumlah 500 bungkusan Bubur Lambuk diagih kepada penduduk dari dalam kawasan bandar ini.

“Simbolik pengagihan bubur ini telah disempurnakan secara bersama oleh Timbalan Residen (Pembangunan) Bahagian Sri Aman iaitu Haji Hamsein Haji Atar dan Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman, Felicia Tan,” kata jurucakap program tersebut.

Menurut beliau satu aktiviti gotong-royong telah diadakan terlebih dahulu bagi memasak Bubur Lambuk tersebut di perkarangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman bermula awal waktu kelmarin.

Kerja memasak Bubur Lambok berkenaan katanya telah melibatkan kesemua kakitangan pejabat tersebut yang sekaligus dapat mewujudkan semangat kerjasama antara penganut Islam dan bukan Islam di pejabat berkenaan.

“Program ini bertujuan untuk mensyukuri rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka walaupun berlainan agama.

“Mudah-mudahan usaha ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu Ramadhan Al – Mubarak dan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment