Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Sistem perparitan di Kpg Selantik dipertingkat



Caption: GEMBIRA...Tr Haerold menunjukkan tanda bagus bersama dua orang penduduk Selantik Ili, Pantu di atas salah laluan longkang yang sedang dibina di situ kelmarin.

PANTU, Isnin (23 Julai) - Penduduk dari Rumah Hearold Ernest, Selantik Ili, Pantu melahirkan rasa gembira apabila kerajaan sedang menaiktaraf sistem perparitan di kampung mereka pada masa sekarang.

Hasil tinjauan rambang Utusan Sarawak kelmarin mendapati bahawa pihak pemaju sudah melaksanakan kerja pembinaan parit di kawasan perkampungan tersebut semenjak satu minggu lepas.

“Ini satu berita baik buat penduduk di Selantik Ili memandangkan usaha tersebut secara tidak langsung akan dapat mengurangkan masalah takungan air yang berpunca dari hujan lebat,” kata Hearold.

Katanya kerja pembinaan sistem perparitan di kawasan Selantik Ili, Pantu ini juga akan dapat mewujudkan suasana perkampungan yang ceria dan sihat untuk para penduduk pada masa akan datang.

Justeru beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaiktaraf kesihatan hidup penduduk Selantik Ili, Pantu menerusi projek pembinaan rangkaian parit di kampung mereka pada masa sekarang.

“Sistem perparitan yang sedia sebenarnya menjadi takungan serangga berbahaya seperti nyamuk memandangkan ia hanya terbentuk secara semulajadi atau dari bekas projek pembinaan jalan kampung sebelum ini.

“Projek ini sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Kami yakin sistem perparitan yang baharu ini akan  meningkatkan keyakinan penduduk terhadap tahap kebersihan kampung di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment