Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, August 26, 2012

Bersyukurlah terhadap keamanan sekarang - Harden



Caption: RASMI... Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden sedang menyempurnakan upacara memotong kek bersama tetamu khas yang lain pada Majlis Makan Malam Saint Margaret Chapel Bayai malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (16 Ogos0 – Rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini harus bersyukur dengan nikmat keamanan yang telah mereka kecapi semenjak 50 tahun lepas kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Faktor keamanan ini kata beliau telah membolehkan rakyat menjalani kehidupan seharian masing-masing tanpa perlu berasa takut terhadap ancaman keselamatan yang ditimbulkan menerusi sentimen perkauman mahupun agama.

“Ada rakyat di negara lain yang tidak dapat menikmati keamanan seperti di negara kita sendiri disebabkan oleh konflik atau peperangan hasil dari sentimen perkauman dan agama masing-masing.

“Justeru saya meminta rakyat berbilang kaum di negeri ini mengambil ikthibar terhadap musibah yang melanda rakyat di negara lain dengan menjaga keamanan di negara kita dari masa ke semasa,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam bersempena dengan Ulangtahun Ke-16 Penubuhan Biro Wanita Saint Margaret Chapel Bayai di sini malam tadi.

Selain itu katanya semangat toleransi di antara rakyat berbilang kaum dan agama secara tidak langsung juga telah membolehkan perlaksanaan dasar politik pembangunan di dalam negeri ini.

“Kestabilan politik telah menjayakan perlaksanaan dasar politik pembangunan. Inilah bukti keunggulan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara ini,” katanya.

Harden pada majlis itu menyampaikan cek peruntukan bernilai RM10,000 kepada Saint Margaret Chapel dan seterusnya mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 pada tahun hadapan kepada biro wanita gereja tersebut.

Hadir sama ialah wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Melay Tinggom, Pemanca Samuel Lawen, Pengerusi Biro Wanita Saint Margaret Chapel, Sira Ruma, Hillary Dundang dan wakil ketua jabatan kerajaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment