Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Wujudkan Pesta untuk Bubur Lambuk - Khamis Sita Wasli



Caption: MANFAATKAN... Pengerusi KRT Kampung Tengah Sri Aman, Khamis Sita Wasli menyampaikan Bubur Lambuk kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis pegagihan bubur terbabit baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (1 Ogos) – Pesta Bubur Lambuk boleh dijadikan sebagai satu platform untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong luar ke Sarawak sekiranya ia dicadang untuk diadakan pada masa akan datang.

Ini kerana Bubur Lambuk adalah merupakan salah-satu juadah utama bagi penduduk beragama Islam yang menyambut kedatangan Bulan Ramadan di negeri ini pada setiap tahun.

“Bubur Lambuk bukan hanya terkenal dikalangan penduduk Islam yang berpuasa malah turut digemari oleh penduduk kaum lain seperti Cina dan Iban acapkali menjelang sambutan Bulan Ramadan di negeri ini.

“Justeru saya berharap agar kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan untuk menganjurkan pesta berasaskan juadah tersebut,” Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengah, Sri Aman, Khamis Sita Wasli.

Beliau juga meminta kerajaan untuk menjadikan Bubur Lambuk ini sebagai salah-satu produk pelancongan yang penting di peringkat nasional mahupun antarabangsa demi mengangkat nama Sri Aman di masa akan datang.

Terdahulu sejumlah 400 bungkusan Bubur Lambuk diagihkan kepada penduduk setempat menerusi majlis pengagihan bubur berkenaan yang berlangsung di hadapan premis Bank Rakyat Sri Aman.

Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian (PNIN) Sri Aman, Rickado Dorlen, Penolong Pegawai PNIN Sri Aman, Mohd Safuan Ahmad Tarmidi, Penolong Pegawai PNINBahagian Betong, Noor Hafifi Osman Naidin dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment