Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Bandar Sibu jadi tuan rumah Program Terjah Ramadan



Mugshot: MOHD NIZAM ZAINUDDIN

SRI AMAN, Isnin (23 Julai) – Bandar Sibu telah menjadi lokasi pilihan bagi tujuan penganjuran Program Terjah Ramadhan (Sungei-Sahur) Kelab Prosboc Zon Sarawak kali Ke-3 pada 27 hingga 29 Julai ini.

Ketua Kelab Pemilik Proton Saga BLM (Prosboc) Zon Sarawak iaitu Mohd Nizam Zainudin menerusi siaran media memberitahu program ini akan melibatkan ahli berdaftar dari lapan buah zon kelab tersebut di negeri ini.

“Ahli Prosboc Zon Kuching, Zon Sri Aman, Zon Betong, Zon Sibu, Zon Mukah, Zon Bintulu, Zon Miri dan Zon Limbang akan memulakan konvoi mereka dari Miri dan Kuching menuju ke Sibu.

“Pelbagai acara sudah pun dirancang bagi memeriahkan program tersebut antaranya ialah penyampaian sumbangan seperti raya, barang keperluan harian, hamper dan sebagainya,” menurut beliau.

Selain itu Prosboc kata Nizam juga akan mengadakan lawatan ke rumah anak- anak yatim dan rumah orang miskin yang sudah dikenalpasti bagi menunaikan tanggungjawab sosial kelab tersebut.

Malah program Terjah Ramadhan ini menurut beliau juga secara tidak langsung akan memperkenalkan Bandar Sibu kepada mana-mana ahli yang belum pernah berkunjung ke bandar berkenaan sebelum ini.

“Justeru kami berharap agar program ini dapat menarik minat kelab-kelab permotoran yang lain demi mengeratkan lagi hubungan di antara semua ahli pada masa akan datang,” katanya.

Pihak Prosboc juga merakamkan ribuan terima kasih kepada penaja Rasmi Kelab Edaran Otomobil Nasional (EON) khasnya pengurus cawangan EON Jalan Rock Kuching di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sebelum ini.

“Pemilik Rasmi Kereta Saga juga dipelawa untuk menyertai persahabatan erat Komuniti Saga Zon Sarawak dengan menghubungi saya di talian 019-3978187 atau Ketua Jawatankuasa Zon Sarawak Shaiful Azril di talian 012-3555974.

“Mereka yang berminat juga boleh melayari sesawang www.protonsagablm.com.my atau emailprosboc.zonswk@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut selepas ini,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment