Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

PPWS Sri Aman perkenal Bubur Pedas ganti Bubur Lumbuk



Caption: IKHLAS... Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Saidah Saibi sedang menyampaikan Bubur Pedas kepada wakil Pejabat Pos Sri Aman ketika berlangsungnya majlis pengagihan Bubur Pedas kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (30 Julai) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman turut tidak ketinggalan untuk menyerikan lagi sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak yang sedang berlangsung pada masa sekarang.

Ia terbukti apabila PPWS Kawasan Sri Aman telah mengagihkan sejumlah 200 bungkusan Bubur Pedas kepada jabatan kerajaan terpilih dari sekitar Bandar Sri Aman di pejabat operasi pertubuhan tersebut bermula pada jam 4  petang kelmarin.

“Pihak PPWS Kawasan Sri Aman sebenarnya telah memperkenalkan Bubur Pedas kepada penduduk dalam kawasan bandar ini semenjak bermulanya sambutan Bulan Ramadhan pada tahun lepas.

“Ia sebagai langkah pihak kita untuk mencuba sesuatu yang baru berbanding Bubur Lambuk sebelum itu...syukur alhamdullilah Bubur Pedas kami masih mendapat sambutan hingga sekarang,” kata Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Saidah Saibi.

Untuk menjayakan program tersebut sejumlah 30 orang kakitangan PPWS Kawasan Sri Aman katanya memulakan sesi gotong-royong menghasilkan Bubur Pedas ini bermula dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang.

Program pengagihan Bubur Pedas ini kata Saidah nyata mendapat reaksi mengalakkan daripada pihak jabatan kerajaan dan akan diteruskan lagi pada sambutan Bulan Ramadhan tahun hadapan.

“Ia merupakan aktiviti tahunan PPWS acapkali berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan di Sri Aman dan akan kita teruskan demi mengeratkan lagi hubungan antara semua ahli selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment