PANTU, Khamis (23 Ogos) – Seorang remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Sri Aman
pada malam Selasa lepas setelah motorsikal yang ditunggang olehnya terlibat
dalam kemalangan di perkampungan Selantik Ili, Pantu, Sri Aman.
Remaja berusia 16 tahun dari perkampungan Sungai Merah, Pantu itu sedang
dalam perjalanan pulang dari Pekan Pantu ketika motorsikal yang ditunggangnya
hilang kawalan berdekatan dengan rumah seorang penduduk di kampung Selantik Ili
berkenaan.
“Saya sendiri menyaksikan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa hilang
kawalan dan terus berpusing empat kali sebelum terbabas ke kawasan longgokan
kayu yang terdapat di tepi jalan berkenaan sekitar jam 6 petang.
“Remaja tersebut mengalami kecederaan parah di kepala. Berita mengenai
kemalangan terbabit terus dimaklumkan kepada keluarga di Kampung Sungai Merah
untuk tindakan tersebut,” kata seorang saksi.
Mangsa terus dihantar ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk tujuan
rawatan lanjut namun terpaksa dirujuk ke Hospital Bahagian Sri Aman pada waktu
malam hari kejadian berkenaan.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan telah meninggal dunia dipercayai akibat
pendarahan dalam kepala sebelum dirujuk Hospital Bahagian Sri Aman sekitar
lewat malam pada hari kejadian berkenaan.
Mayat mangsa telah diberi penghormatan terakhir di kampungnya sendiri
sebelum ia dikebumikan pada pagi hari Jumaat ini di Pantu.
Tamat.
No comments:
Post a Comment