Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

USK Nanga Klassen terima bantuan TBS


Caption: MANFAATKAN...Shamsul (kanan) ketika menyampaikan bantuan kepada Bukong (kiri) sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Jumaat (29 JUn) - Hikmah Bahagian Sri Aman telah menyerahkan bantuan kepada pihak USK (Urusetia Saudara Kita) Perkampungan Islam Nanga Klassen, Sri Aman malam tadi.

Ahli Majlis Tertinggi Hikmah, Shamsul Bahri Manap yang juga Ahli Jawatankuasa Hikmah Bahagian Sri Aman berkata bantuan terbabit berupa kelengkapan asas solat seperti telekung, buku agama dan kelengkapan asas surau.

Katanya bantuan yang diterima oleh mana-mana pihak haruslah diaplikasi dengan cara menguntungkan masyarakat Islam dan bukannya membuka ruang pertelagahan antara satu sama yang lain.

“Ini kerana terdapat segelintir jawatankuasa pengurusan dalam sesebuah entiti Islam berbalah akan sesuatu kemudahan yang telah diberikan dengan alasan remeh walaupun terdapat keutamaan yang lebih besar untuk disaring.

“Dengan kata lain soal kepentingan peribadi tidak wajar dilibatkan sama dalam kepentingan yang lebih bersifat umum atau bersama sehingga aktiviti murni yang bakal dilaksanakan itu terganggu,” katanya.

Kata Shamsul setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan cara berhemah agar keseimbangan komuniti tidak terlerai sehingga boleh membawa kepada natijah perpecahan yang menjadi musibah ke atas umat Islam sendiri.

Justeru beliau mengingatkan bahawa manfaat sebenar bukan diukur dari jumlah peralatan yang diperolehi menerusi bantuan terbabit tetapi menerusi aktiviti usahasama yang membawa kebaikan kepada semua masyarakat setempat.

Terdahulu majlis tersebut turut diserikan lagi dengan ceramah Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Hikmah Bahagian Sri Aman, Ustaz Iskandar Abdullah.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengerusi USK cawangan Klassen, Bukong Abdullah, Pengerusi USK Bahagian Sri Aman, Masitah Abdullah dan Amilin Haji Kipli bin Nek.

Tamat.

No comments:

Post a Comment