Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Medic Sri Aman champion Liga Bolasepak Piala YB NYalau




Caption:

1. KAMI JUARA...Pasukan Medic Sri Aman bergambar kenangan setelah muncul juara Liga Bola Sepak antara Jabatan Daerah Lubok Antu 2012 Piala Pusingan Ahli Parlimen P.203 YB William Nyalau Badak pada 2 Jun lepas

2. TAHNIAH...Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak sedang menyarungkan pingat kepada salah seorang pemain ketika berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bersempena dengan Liga Bola Sepak antara Jabatan Daerah Lubok Antu 2012.

- 4 Julai
 
Pasukan Medic Sri Aman telah dinobatkan sebagai juara Liga Bola Sepak antara Jabatan Daerah Lubok Antu 2012 bagi merebut Piala Pusingan Ahli Parlimen P.203 YB William Nyalau Badak yang berakhir pada 2 Jun lepas di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Pertandingan anjuran Kelab Perubatan Sarawak cawangan Lubok Antu itu menyaksikan pasukan Medic Sri Aman membelasah pasukan Giatmara dengan jaringan gol 3 – 0 hasil hatrik Mohd Din pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang tersebut.

Kekalahan pasukan Giatmara telah menyebabkan mereka berada di kedudukan tempat kedua dalam pertandingan itu dengan pasukan SALCRA muncul pemenang tempat ketiga setelah menundukkan saingan pasukan RANDO menerusi penentuan sepakan penalti.

Terdahulu Piala Pusingan Ahli Parlimen P.203 YB William Nyalau Badak yang sudah bermula semenjak pertengahan bulan Mei lepas itu menyaksikan sejumlah sembilan buah pasukan mengambil untuk merebut kejuaraan pertandingan terbabit.

Pasukan terbabit adalah Medic Lubok Antu Fc, SESCO Lubok Antu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu, SALCRA, PDRM Lubok Antu, GIATMARA Lubok Antu, RANDO, SMK Lubok Antu dan Medic Sri Aman FC selaku pasukan jemputan khas.

Majlis penutupan rasmi dan penyerahan hadiah kepada pasukan yang memenangi piala pusingan ini telah disempurnakan sendiri oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak.

Hadir sama pada majlis tersebut Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu, Kapitan Tay Choo Ming dan ketua jabatan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment