Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, July 19, 2012

Jadikan bersenam sebagai amalan rutin - Goh Kaw Sze



Caption:

1. RASMI...Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Goh Kaw Sze (baju kuning) sedang menepuk jari sebaik sahaja membuka banner Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Daerah di Dewan Hollis Tini, SMK Sri Aman pagi kelmarin.

2. JADI CONTOH... Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Goh Kaw Sze (baju kuning) sedang menyertai para guru dan murid pada Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Daerah di Dewan Hollis Tini, SMK Sri Aman pagi kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (11 Julai) - Bersenam harus dijadikan sebagai satu amalan harian bagi semua lapisan masyarakat di daerah Sri Aman dari masa ke semas wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Goh Kaw Sze.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Daerah di Dewan Hollis Tini, SMK Sri Aman pagi kelmarin.

Katanya amalan terbabit amat penting demi mewujudkan satu rumpun masyarakat yang sihat dan cergas dalam menjayakan semua matlamat hidup diri masing-masing selepas itu.

“Amalan bersenam seperti ini harus dibudayakan. Anak-anak perlu dididik agar mengemari aktiviti senaman semenjak dari kecil agar ia menjadi kewajipan mereka apabila membesar kelak.

“Justeru saya berharap agar para ibubapa dan guru memainkan peranan mereka untuk mewujudkan budaya seperti ini dikalangan murid-murid demi menjayakan kelahiran modal insan berkualiti tinggi pada masa akan datang,” kata Goh.

Terdahulu lebih 1,000 orang murid, guru dan kakitangan sekolah telah mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di SMK Sri Aman.

Senamrobik Serentak Peringkat Daerah Sri Aman ini juga turut berlangsung serentak di kesemua 36 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah dalam Bahagian Sri Aman.

Dianggarkan seramai 4.5 juta orang murid, guru, ahli PIBG dari seluruh negara menyertai senamrobik secara serentak ini dan sekaligus mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book of Record.

Tamat.

No comments:

Post a Comment