Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Anjing peliharaan kejar budak pakai basikal


SRI AMAN, Rabu (27 Jun) - Orang ramai di Padang Lama KPSU Sri Aman gempar apabila tiga ekor anjing mengejar tiga orang kanak-kanak lelaki yang sedang menunggang basikal di situ lewat petang kelmarin.

Peristiwa bermula sekitar jam 6.30 petang apabila ketiga-tiga kanak-kanak tersebut sedang menunggang basikal milik masing-masing di perkarangan hadapan Dewan Suarah Sri Aman iaitu di sebelah padang terbabit.

Tindakan kanak-kanak tersebut kemudiannya menarik perhatian tiga ekor anjing yang secara kebetulannya sedang mengikut seorang lelaki (pemilik) yang sedang berjogging tidak jauh dari kawasan berkenaan.

Akibatnya ketiga-tiga ekor anjing terbabit terus mengejar kanak-kanak berkenaan sehingga salah seorang daripada mereka bertindak meninggalkan basikal dan terus berlari ke dalam perkarangan Dewan Suarah Sri Aman mengikut pintu belakang.

Si pemilik kemudian bertindak mententeramkan anjing milik beliau dan terus membawa pergi haiwan peliharaannya demi membolehkan kanak-kanak terbabit melarikan diri dari kawasan tersebut.

Orang ramai yang cuba memberikan bantuan sebelum itu telah melahirkan rasa kesal berhubung tindakan ketiga-tiga ekor anjing berkenaan mengejar kanak-kanak malang terbabit.

Mereka berharap agar pemilik anjing berkenaan tidak membawa haiwan peliharannya di kawasan Padang Lama KPSU Sri Aman selepas ini kerana khuatir peristiwa yang sama berulang terhadap kanak-kanak lain di situ.

Tamat.









No comments:

Post a Comment