Caption: UNTUK ALBUM...Pengerusi USK Bahagian Sri Aman, Masitah Abdullah
(dua kanan) ketika bersama peserta ahli USK serta HIKMAH pada aktiviti
gotong-royong sempena Program Transformasi Minda Bersama Saudara Kita di Jaong,
Pantu pada 30 Jun lepas.
PANTU, Isnin (2 Julai) – Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Sri Aman telah
menganjurkan Program Transformasi Minda Bersama Saudara Kita di Surau Al –
Falah, Rumah Ketua Kampung (KK) Abdul Rahman Abdullah, Jaong, Pantu bermula 29
hingga 30 Jun lepas.
Program yang turut dianjurkan secara bersama dengan HIKMAH cawangan Sri
Aman itu telah melibatkan 30 orang peserta Saudara Kita (SK) dari Rumah Abdul
Rahman dan para wakil dari bandar Sri Aman, Stumbin serta Lingga.
“Program ini bertujuan untuk membuka minda para SK agar mereka dapat
menjadi individu atau kelompok masyarakat yang berdaya saing, lebih berdikari
dan matang di masa akan datang.
“Ia secara tidak langsung akan dapat membantu mereka menguruskan masalah dan
hal pengurusan seharian terutama sekali dari segi masa, ibadah serta disiplin,”
kata Pengerusi USK Bahagian Sri Aman, Masitah Abdullah.
Bagi menjayakan program terbabit pihak penganjur katanya telah mengadakan
pelbagai program menarik antaranya ialah permainan berkumpulan, gotong-royong
membersih surau, ceramah motivasi dan juga ceramah agama.
Justeru Masitah percaya program seperti ini akan membolehkan para peserta
menjadi contoh kepada masyarakat lain di sekitar kawasan penempatan
masing-masing selepas ini.
Hadir sama KK Jaong Pantu, Abdul Rahman Abdullah, Us. Sodikin Mohri (Daie)
dari HIKMAH Sri Aman, Bendahari USK Bahagian Sri Aman, Zeleha Abdullah dan Pengerusi
USK cawangan Lingga, Rosnani Abdullah.
Tamat.
No comments:
Post a Comment