Caption: SIMBOLIK...Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar , Datuk Francis
Harden sedang menanam bunga salah salah satu upacara simbolik majlis sambil
disaksikan oleh ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong (kiri) dan Ahli Parlimen
Sri Aman, Masir Kujat (kanan) di SK Paku, Undop, Batu Lintang baru-baru ini.
SRI AMAN, Jumaat (6 Julai) – Ibubapa dan guru dinasihat untuk memastikan anak-anak
mendapat pendidikan yang sewajarnya selepas ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.
Ini kerana pendidikan menurut beliau adalah merupakan salah sebuah aset
penting bagi setiap diri anak-anak yang bakal menempuh arus kemajuan negara pada
masa akan datang.
“Adalah amat sukar bagi anak-anak untuk menjadi barisan modal insan
berkualiti tinggi yang bakal menyumbang kepada taraf ekonomi dan sosial negara tanpa
adanya aset pendidikan tersebut
“Atas sebab ini kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan
berjuta-juta ringgit bagi memastikan kemudahan sekolah di seluruh negara
dipertingkat ke arah kualiti yang lebih baik demi murid-murid,” katanya.
Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Gelanggang
Futsal Komuniti 1 Malaysia, Projek Jalan Kampung dan Menanam Pokok di Sekolah
Kebangsaan (SK) Paku, Ulu Undop Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.
Selain itu beliau juga menasihatkan semua ibubapa untuk memainkan peranan
sebagai guru di rumah demi memastikan disiplin pembelajaran anak-anak terus
dikekalkan dari masa ke semasa.
“Jika ibubapa serius berbuat demikian maka saya percaya anak-anak akan
dapat menjadi modal insan kelas pertama yang berkualiti untuk bersaing dalam
arus kemajuan negara pada masa hadapan,” katanya.
Terdahulu majlis yang turuty diserikan dengan acara lagu tajaan, suara emas
dan cabutan tiket bertuah itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan
Luar Bandar Dan Perumahan. Datuk Francis Harden Hollis.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Guru Besar SK Nanga
Skrang, Francis Berayan Rengkang, Yang Dipertua PIBG SK Nanga Skrang, Tuai
Rumah Romeneo Tugang, para guru dan ahli PIBG sekolah terbabit.
Tamat.
No comments:
Post a Comment