Caption:
1. SEDERHANA TAPI CANTIK...Gambar menunjukkan rumah baru milik keluarga
Badak dari Kesindu, Simunjan yang dibina oleh syarikat Nasron Trading Sebuyau
menerusi Program Bantuan Rumah (PBR).
2. TERIMA KASIH KERAJAAN...Bada dan isterinya, Liana ketika bergambar di
hadapan rumah baru yang telah siap dibina menerusi Program Bantuan Rumah di
Kesindu, Simunjan pada 21 Jun lepas.
3. LENGKAP...Bada dan isterinya menunjukkan kotak suis elektrik utama yang
turut dibina sebagai pelengkap kepada keperluan asas kediaman baru mereka
menerusi Program Bantuan Rumah di Kesindu, Simunjan.
4. TINGGAL KENANGAN....Bada dan pasangannya Liana menunjukkan pondok usang
mereka yang menyimpan pelbagai nostalgia lama sebelum berjaya mendapat rumah
baru menerusi Program Bantuan Rumah di Kampung Kesindu, Simunjan.
5. CERIA...Bada bersama isterinya sedang meluangkan masa di hadapan rumah
baru yang dibina oleh kerajaan menerusi Program Bantuan Rumah di Kesindu,
Simunjan.
6. LUAS...Keselesaan jelas tampak dengan adanya ruang tamu yang luas di
rumah baru milik pasangan Bada dan isteri, Liana hasil Program Bantuan Rumah di
Kesindu, Simunjan.
7. MANFAAT...Bada dan isteri sedang menunjukkan tangki simpanan air di
belakang rumah baru yang turut diberi menerusi Program Bantuan Rumah di
Kesindu, Simunjan.
SIMUNJAN, Khamis (12 Julai) – Pada suatu masa dahulu keluarga Bada anak Umpek dari
Rumah Gana Jampong, Kesindu, Simunjan boleh dianggap sebagai keluarga miskin
tegar sehingga menimbulkan rasa belas kasihan dikalangan penduduk kampung di
situ.
Dengan usia meniti 55 tahun, Bada bersama isterinya iaitu Liana Bahol, 53,
tinggal di sebuah pondok usang bersama dengan dua orang anak lelakinya iaitu
Remmy Casidy, 13, dan Henry Albert, 12 tahun di kawasan pelusuk kampung
terbabit.
Tujuh orang anak yang lain iaitu Flora (35), Romeo (32), Jackson (30),
Martini (28), Zamri (23), Mohd Faiz (20) dan Nor Katika (14) tidak tinggal
bersama mereka kerana faktor perkahwinan, diambil sebagai anak angkat dan kurang
berpendapatan.
Lebih malang lagi ialah apabila ketiadaan sumber pendapatan berasaskan
getah dan lada menyebabkan beliau menempuh hidup kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang dengan mengambil upah bekerja dengan orang lain.
Bagaimanapun segalanya mula berubah apabila kisah mengenai kesempitan hidup
keluarga malang berkenaan telah disiarkan oleh pihak Utusan Sarawak pada 3
Januari tahun ini.
“Berita tersebut menyebabkan agensi kerajaan datang ke rumah kami. Hasilnya
ialah kami diberikan satu anugerah tidak ternilai iaitu rumah baru menerusi Program
Bantuan Rumah atau PBR,” kata Bada ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.
Semenjak kediaman barunya siap dibina oleh syarikat Nasron Trading Sebuyau pada
21 Jun, keluarga Bada kini nyata menikmati perubahan taraf hidup yang lebih
ketara berbanding sebelum itu.
Ia terbukti apabila rumah bersimen bernilai RM50,000 itu mempunyai tiga
buah bilik tidur, satu ruang tamu luas, satu jamban, satu bilik mandi, satu
tangki air simpanan dan dapur dengan sistem peparitan dibina mengelilingi rumah
tersebut.
“Satu kipas syiling juga sudah dipasang di rumah kami begitu juga dengan
kemasukan bekalan elektrik...mempunyai rumah baru seperti ini sudah cukup untuk
membuatkan saya dan keluarga berasa bersyukur terhadap kehidupan baru kami,”
katanya.
Beliau juga mengucapkan rasa terima kasih terhadap keprihatinan pihak
kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung bantuan itu begitu juga penghargaan
tidak terhingga terhadap pihak Utusan Sarawak di atas sumbangan siaran berita terbabit.
Kedaifan hidup mereka sekeluarga mungkin tidak akan berubah sehingga
sekarang sekiranya kerajaan tidak bertindak untuk membantu hidup beliau tanpa
adanya siaran akhbar oleh Utusan Sarawak.
“Bantuan ini telah memberikan satu keyakinan baru dalam hidup saya. Saya
akan menjadikan ia sebagai satu penghargaan untuk berusaha dengan lebih
bersungguh-sungguh demi mengubah masa depan hidup kami sekeluarga selepas ini,”
katanya.
Pujian juga harus diberikan kepada syarikat kontraktor Nasron Trading
Sebuyau yang dilihat telah menjalankan kewajipan mereka untuk membina rumah PBR
tersebut dengan kualiti yang amat baik.
Tamat.
nyak meh bala kita ke diau di simunjan anang kita sebarang milih wakil rakyat di bahagian kita enggai ke kita enda bulih pemansang baka iya ke udah diberi perintah ke diatu..... enti kita deka muai undi tau meh kita bepikir enggau pintar.
ReplyDelete