Caption: TERIMA KASIH...Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut
Masing sedang menerima cenderamata daripada Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat
sambil disaksikan oleh para menteri kabinet dan wakil rakyat BN pada Majlis
Makan Malam sempena Dialog Tertutup di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.
SRI AMAN, Isnin (9 Julai) – Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James
Jemut Masing menganggap bahawa Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) iaitu Larry
Sng Wei adalah individu yang takut terhadap bayang-bayang dirinya sendiri.
Ini kerana pemimpin SWP berkenaan menurut beliau masih kurang pasti atau
teragak-agak terhadap kawasan yang mahu ditandingi olehnya pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Larry juga melarikan diri dari janji tidak tertunai yang pernah
dilemparkan terhadap rakyat di Selangau dan Julau apabila beliau dikhabarkan
mahu bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya umum terbabit.
“Beliau sepatutnya bertanding di Selangau, Hulu Rejang mahupun di Julau
kerana dia bersama bapanya, Datuk Sng Chee Hua pernah menjadi wakil rakyat
Barisan Nasional (BN) selama dua penggal di kawasan itu,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap merasmikan
Majlis Makan Malam bersempena dengan Dialog Tertutup anjuran Parlimen P.202 Sri
Aman dengan P.203 Lubok Antu di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.
Selain itu Masing juga percaya bahawa Larry mahu bertanding di Parlimen
Lubok Antu kerana beliau bersama bapanya pernah membohongi rakyat di kawasan
Hulu Rejang dan Selangau sebelum ini.
“Rakyat di kawasan Hulu Rejang dan Selangau sudah masak dengan janji palsu
yang diluahkan oleh anak beranak berkenaan hingga menyebabkan Larry cuba untuk
bertanding di kerusi Parlimen Lubok Antu.
“Beliau menganggap bahawa penduduk Lubok Antu masih belum mengenali siapa
mereka ini. Justeru saya berharap penduduk Lubok Antu menolak Larry jika beliau
bertanding di Lubok Antu pada PRU13 akan datang,” katanya.
Masing pada majlis itu juga mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Lubok Antu,
William Nyalau Badak dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat akan terus kekal sebagai
calon yanag bakal bertanding di kedua-dua kerusi parlimen milik PRS itu pada
pilihan umum ini nanti.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda
Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri
Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang, Nyalau, Masir, ADUN Engkilili Dr
Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, ADUN Ngemah,
Alexander Vincent dan ketua kaum di sini.
Tamat....
No comments:
Post a Comment